Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembukaan semula bazar dan sempadan SG-M'sia tak gugat HBB

Apr 09, 2022 | 05:30 AM



HASIL langkah membuka semula negara ini, masyarakat setempat sekal lagi mempunyai pilihan lebih luas untuk mendapatkan juadah serta kuih-muih dan kek bagi sambutan Lebaran, termasuk dari seberang Tambak.



Perkambangan ini tidak menjejas sesetengah pengendali perniagaan dari rumah (HBB) daripada terus menerima tempahan bagi produk yang mereka jual, terutama daripada pelanggan setia.



Malah, perniagaan begitu rancak bagi beberapa HBB, seperti Salvoury Deli kendalian Cik Salamah Ahmad, hingga beliau terpaksa berhenti menerima tempahan seawal Februari.



"Sambutannya Alhamdulillah tahun ini. Walaupun saya tak menguar-uarkan di Instagram tahun ini, pelanggan tetap saya pun dah ramai buat tempahan," ujar Cik Salamah, 54 tahun, yang menjual kuih seperti tart nanas, makmur dan suji.



Lulusan program Perniagaan Mikro AMP itu juga menyumbang kepada kempen penjualan kuih Raya bagi amal AMPowering Lives Hari Raya Charity Bakes tahun ini, dengan hasil jualan kuih makmur dan tart nanas beliau disalurkan kepada program AMP yang bertujuan mempertingkat individu dan keluarga memerlukan.



Tempahan awal yang diterimanya juga membolehkan Cik Salamah membuat persiapan awal, sekali gus beliau tidak terjejas oleh kenaikan harga bahan mentah baru-baru ini.



"Waktu saya beli sebelum ini, harga barang belum naik tapi kali ini apabila saya nak beli bahan tambahan, rasanya semua dah mahal.



"Contohnya kalau dulu saya beli telur gred A daripada pembekal pada harga $6 bagi 30 biji, sekarang harganya sudah mencecah $8.50.



"Saya tak naikkan harga seka-rang sebab dah janji dengan orang harga ini, tapi mungkin lepas Raya nanti baru saya fikir untuk naikkan harga bagi tempahan baru," ujar beliau.



Cik Salamah juga akur bahawa masyarakat kini sekali lagi mempunyai pilihan lebih luas untuk berbelanja bagi Hari Raya.



Ini termasuk di bazar di Geylang Serai dan Kampong Glam, yang kembali beroperasi tahun ini selepas dua tahun tidak dapat dianjurkan, serta di seberang Tambak, dengan sempadan darat antara Singapura dan Malaysia telah dibuka semula sepenuhnya.



"Kami tidak merasa kesannya sangat kerana hampir semua pelanggan kami merupakan pelanggan tetap dan mereka telah bersama kami sejak 2020 dan tahun ini pun, mereka kembali menempah kuih dengan kami," kata Cik Salamah.



Beliau memulakan perniagaannya itu selepas berhenti kerja sekitar tempoh pemutus litar jangkitan untuk membendung penularan Covid-19 dua tahun lalu.




"Sambutannya Alhamdulillah tahun ini. Walaupun saya tak menguar-uarkan di Instagram tahun ini, pelanggan tetap saya pun dah ramai buat tempahan. Kami tidak merasa kesannya (pembukaan bazar Raya dan sempadan) sangat kerana hampir semua pelanggan kami pelanggan tetap dan mereka telah bersama kami sejak 2020 dan tahun ini pun mereka kembali menempah kuih daripada kami."
- Cik Salamah Ahmad, peniaga HBB Salvoury Deli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >