Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KUNJUNGAN RASMI MUHYIDDIN YASSIN KE SG

Pembukaan semula sempadan antara isu dibincang SG, M'sia

Apr 14, 2021 | 05:30 AM



PEMIMPIN Malaysia dan Singapura akan membincangkan, antara lain, pembukaan semula sempadan antara kededua negara itu apabila mereka bertemu di Singapura pada 4 Mei, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein.



Datuk Seri Hishammuddin juga berkata pandemik Covid-19 kini menyukarkan Malaysia untuk menghantar wakil bagi mengisi jawatan Pesuruhjaya Tinggi di Singapura, yang masih kosong selama setahun sekarang.



Katanya, pelantikan pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Singapura masih diusahakan.



"Masih ada beberapa isu teknikal yang harus dihuraikan oleh Wisma Putra," katanya selepas merasmikan program Malaysia Prihatin Parlimen Sembrong di Paloh kelmarin, lapor akhbar The Star.



"Saya tidak menafikan bahawa pandemik Covid-19 menyukarkan kita menempatkan wakil kedutaan kita di beberapa negara," tambahnya.



Jawatan pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Singapura kosong setelah Datuk Zainol Rahim Zainuddin bersara pada April tahun lalu.



Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura kini dipimpin oleh seorang charge d'affaires, atau wakil tertinggi selepas duta besar dalam sesebuah pejabat kedutaan.



Meskipun dengan ketiadaan pesuruhjaya tinggi, Datuk Hishammuddin berkata hubungan antara Malaysia dan Singapura masih biasa.



"Sebenarnya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan kunjungan rasmi ke Singapura untuk bertemu dengan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong pada 4 Mei," katanya.



Datuk Hishammuddin berkata antara topik yang akan dibincangkan ialah pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura.



Katanya, walaupun ada hasrat daripada kerajaan Johor untuk membuka semula sempadan dalam dua bulan akan datang, Malaysia mesti mendapat persetujuan Singapura terlebih dahulu.



"Proses perbincangan masih berjalan. Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan baru-baru ini mengunjungi negara kami dan kami membincangkan perkara itu secara ringkas.



"Saya akan memastikan bahawa ini akan berada dalam agenda yang akan dibincangkan antara Muhyiddin dan Lee," katanya.



Apabila dihubungi Berita Harian semalam, seorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata ia tidak dapat memberi komen tentang laporan tersebut.



Semasa lawatan ke Malaysia pada 23 Mac, Dr Balakrishnan telah menemui Datuk Hishammuddin dan kedua-dua negara bersetuju untuk berusaha ke arah mengiktiraf sijil vaksin masing-masing bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan.



Mereka juga bersetuju untuk menyambung perjalanan rentas sempadan bagi kumpulan pelawat lain secara progresif, selain Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang-Alik Berkala (PCA) sedia ada.



Singapura dan Malaysia juga sebelum ini bersetuju untuk mengambil kira situasi Covid-19 di kedua-dua pihak dan memastikan kesihatan serta keselamatan penduduk kededua negara.



Dalam satu kenyataan bersama menyusuli pertemuan Dr Balakrishnan dan Datuk Hishammuddin, kededua pihak telah berikrar untuk terus memajukan program vaksin penduduk jangka panjang mereka, termasuk warga Malaysia yang duduk di Singapura, dan warga Singapura yang tinggal di Malaysia.



Kededua Menteri itu juga telah membincangkan tentang Rahat Pemimpin ke-10, yang akan dihos Singapura tahun ini, dan bersetuju untuk menyambung semula mesyuarat secara bersemuka.



Mereka juga telah mengkaji semula kerjasama dua hala, dan menyatakan hasrat untuk memperkukuh kerjasama itu ke arah pemulihan daripada kesan pandemik, menurut kenyataan bersama itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >