Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembunuh kucing akui lempar haiwan dari tingkat enam

Feb 07, 2017 | 07:37 AM



SEORANG kapten makanan dan minuman melempar seekor kucing dari pelantar tangga di tingkat enam selepas mengumpannya dengan makanan kucing, mahkamah mendengar pada Isnin (6 Feb).



Pada awal pagi 26 Mei tahun lepas, Fajar Ashraf Fajar Ali, 25 tahun, mengumpan kucing betina itu ke dalam lif di Blok 884, Tampines Street 83 untuk bermain dengannya.



Dia menaiki lif ke tingkat enam dan membawa kucing tersebut ke pelantar tangga. Pada mulanya dia bermain dengan kucing itu tetapi apabila ia cuba lari, dia mengumpannya semula dengan lebih banyak makanan.



Apabila kucing itu mendekatinya, Ashraf mengangkatnya dan menjatuhkannya ke kaki blok.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Soh Weiqi berkata Ashraf kemudian turun ke bawah untuk memeriksa apakah kucing itu masih hidup.



Apabila mendapati kucing itu masih hidup, dia mengangkatnya dan menghempaskannya di tanah dua kali. Ashraf meninggalkan tempat itu selepas memastikan kucing tersebut telah mati, dengan menggunakan pemetik apinya untuk periksa.



Ashraf berkata dia melakukan pelbagai tindakan itu kerana marah kucing tersebut tidak mahu datang dekat kepadanya.



Seorang wanita berusia 57 tahun di blok bertentangan nampak Ashraf menghempaskan kucing itu ke tanah dua kali.



Beliau terdengar bunyi bising dari tempat Ashraf membunuh kucing tersebut pada kira-kira 2.30 pagi, dan menelefon polis.



Ashraf ditangkap lima hari kemudian selepas polis mengenal pasti dia melalui rakaman televisyen litar tertutup. Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan kekejaman terhadap haiwan.



DPP Soh menggesa hukuman berat penjara lima bulan kerana tindakan Ashraf "tercela", dan tidak ada tanda dia mengalami sebarang masalah mental semasa melakukan kesalahan itu.



Mahkamah menangguhkan hukuman sementara menunggu laporan kesesuaian perintah rawatan wajib pada 6 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >