Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembunuhan berkembar di Kovan: Rayuan pegawai polis ditolak

Feb 03, 2017 | 11:22 AM



PADA hari lahirnya yang ke-38 pada Jumaat (3 Feb), pegawai polis Iskandar Rahmat gagal dalam usahanya mengelakkan hukuman gantung bagi dua pembunuhan di Kovan pada 2013.



Mahkamah tertinggi Singapura mengetepikan rayuannya, dengan menolak dakwaannya bahawa dia melakukan pembunuhan itu untuk membela diri.



Dalam menolak rayuan Iskandar, Mahkamah Rayuan berkata dia mempunyai niat membunuh kedua-dua mangsa dan mendapati versinya mengenai kejadian itu "luar biasa" dan "sukar dipercayai".



Iskandar didapati bersalah pada Disember 2015 membunuh pemilik bengkel kereta Tan Boon Sin, 67 tahun, dan anaknya, Encik Chee Heong, 42 tahun, pada 10 Julai 2013, di rumah mendiang Tan di Hillside Drive.



Dia melarikan diri dengan menggunakan kereta Toyota Camry Encik Tan. Mayat mendiang Chee Heong tersangkut di bawah kereta itu dan diseret lebih satu kilometer, meninggalkan jejak darah sedang orang ramai terkejut melihatnya.



Iskandar, yang dibebani hutang dan menghadapi tindakan muflis, berkata semasa perbicaraan bahawa rancangannya hanyalah merompak Encik Tan.



Versi Iskandar itu ditolak Mahkamah Tinggi.



Hakim Tay Yong Kwang, dengan merujuk kepada jumlah dan keterukan luka yang dikenakan ke atas kedua-dua mangsa - terutamanya pada bahagian penting di kepala, leher dan dada - memutuskan Iskandar menyerang dengan "kejam dan tanpa belas kasihan dengan niat jelas mahu menyebabkan kematian".



Encik Tan mengalami 27 tikaman dan luka tetak dan meninggal dunia akibat kerongkongnya dikelar. Anak beliau, yang ditemui dengan 20 luka pisau, mati akibat tikaman pada leher yang merosakkan tiga saluran darah utama.



Iskandar mengalami kecederaan agak kecil di tangan.



Pada Oktober lalu, Iskandar merayu terhadap sabitan pembunuhan itu, dengan mengemukakan hujah sama bahawa Encik Tan menyerang dia terlebih dahulu.



Semasa perbicaraan, mahkamah mendengar bahawa Iskandar, seorang staf sarjan kanan ketika itu, mendapat tahu Encik Tan menyimpan wang tunai dalam jumlah besar di peti keselamatan Certis Cisco, selepas Encik Tan membuat laporan polis mengenai wangnya dicuri dari peti itu.



Dalam rancangannya untuk mencuri baki $600,000 dalam peti tersebut, Iskandar menyamar sebagai seorang pegawai perisikan yang sedang menjalankan operasi untuk menangkap pencuri itu.



Dia memujuk Encik Tan supaya mengeluarkan semua barang berharganya, atas alasan hendak memasang kamera pengawasan di dalam peti keselamatan itu. Iskandar kemudian menawarkan mengiring Encik Tan pulang ke rumah teres tiga tingkatnya.



Iskandar mendakwa di rumah itu, Encik Tan sedar beliau dibohongi, naik marah dan menyerang dia dengan pisau.



Menurut Iskandar, dia merampas pisau dari Encik Tan dan menetak beliau semasa mempertahankan dirinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >