Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembunuhan di Woodlands: Mangsa ingin bantu suami lunaskan hutang

Jan 29, 2020 | 08:01 AM



SEORANG lelaki yang dikenakan tuduhan membunuh isterinya yang sedang mengandung dan anak perempuannya berusia empat tahun di flat mereka di Woodlands tiga tahun lalu, memberitahu Mahkamah Tinggi pada Selasa (28 Jan) bahawa dia tidak dapat membayar hutangnya yang melambung tinggi dan pilihan terbaik ialah untuk keluarganya mati.



Bekas ejen hartanah, Teo Ghim Heng, 44 tahun, mencekik isterinya, Cik Choong Pei Shan, 39 tahun, selepas beliau memarahinya kerana 'tidak guna' sebelum mencekik anak perempuan mereka.



Dia kemudian meluangkan masa selama seminggu bersama dua mayat itu. Dia cuba membunuh diri dengan memotong pergelangan tangannya dan memakan 100 biji pil paracetamol, menurut laporan ST.



Dia juga cuba membunuh dirinya dengan membakar mayat-mayat itu tetapi menarik diri kerana takut.



Teo pernah meraih gaji antara $10,000 dengan $15,000 sebulan tetapi gajinya terjejas disebabkan pasaran hartanah yang lemah.



Dia kemudian bekerja sebagai penyelaras penjualan dan mendapat gaji $1,500.



Teo yang menanggung hutang antara $100,000 dengan $150,000 berkata isterinya tidak tahu jumlah hutangnya sehingga seorang kreditor melawat mereka pada 13 Januari 2017.



Sejak itu, mereka sering bertengkar.



Namun, isterinya menyuarakan hasrat untuk balik bekerja apabila anak lelaki dalam kandungannya berusia dua tahun bagi membantu melangsaikan hutang suaminya.



Akibat hutang itu,  kereta Teo ditarik balik, kad kredit tidak dibayar dan  yuran sekolah juga tidak terbayar.



Mayat isteri dan anaknya itu ditemui dalam bilik tidur flat mereka pada 28 Januari – hari pertama Tahun Baru Cina. Isterinya sedang mengandung enam bulan apabila mayatnya ditemui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >