Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pembunuhan Kovan: Rayuan siasat pasukan pembelaan ditolak

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



SEORANG bekas pegawai polis yang telah dikenakan hukuman mati kerana pembunuhan berganda di kawasan perumahan Kovan pada 2013, semalam gagal meyakinkan Mahkamah Rayuan bahawa pasukan pembelaannya harus disiasat kerana melakukan kesalahan.



Iskandar Rahmat, 42 tahun, telah mengajukan aduan pada 2018 terhadap enam peguam yang membelanya semasa perbicaraannya.



Dia menuduh bahawa mereka gagal memberikannya sejumlah gambar tempat kejadian jenayah, gagal memanggil ahli keluarganya supaya memberi keterangan bahawa dia bukan seorang yang ganas, dan gagal melaksanakan arahannya seperti yang terkandung dalam catatan tulisan tangan.



Semalam di Mahkamah Tinggi, tiga hakim menolak hujahnya, dengan mengatakan bahawa tidak ada kelayakan bagi rayuannya.



Hakim Besar Sundaresh Menon berkata sebab-sebab bertulis bagi keputusan mahkamah akan dikeluarkan pada waktunya.



Semasa perbicaraan, Hakim Besar memberitahu peguam Iskandar, Encik M. Ravi, bahawa kecuaian boleh menimbulkan tanggungjawab sivil, tetapi mungkin ia tidak berlaku sebagai kesalahan profesional.



Pada 2013, Iskandar yang mempunyai hutang keliling pinggang dan kemungkinan dipecat, merancang merompak mendiang Tan Boon Sin tetapi rancangannya menjadi tidak keruan apabila mangsa, pemilik bengkel kereta berusia 67 tahun, mendapat tahu tentang helahnya.



Dia tahu lelaki itu menyimpan sejumlah besar wang tunai di peti simpanan, dari laporan polis yang dibuat oleh lelaki tua itu.



Pada 10 Julai 2013, Iskandar memujuk mangsa supaya mengeluarkan wangnya dari kotak supaya kamera dapat diletakkan di dalamnya.



Dia kemudian menghantar mangsa kembali ke rumah Hillside Drive di Kovan, di mana dia menikam dan mengelar mangsa sebanyak 27 kali.



Ketika anak lelaki mangsa yang berusia 42 tahun memasuki rumah, Iskandar juga menikam lelaki tersebut.



Iskandar kemudian mengheret pemuda itu di bawah kereta sejauh hampir 1 kilometer, meninggalkan kesan darah di jalan raya.



Pada 2015, Iskandar didapati bersalah atas dua tuduhan membunuh selepas perbicaraan.



Dia diwakili oleh peguam yang berlainan semasa rayuannya pada 2016 terhadap sabitan dan hukumannya, yang rayuan itu kemudian ditolak pada 2017.



Pada 2018, dia mengajukan aduan kepada Persatuan Undang-Undang terhadap pasukan pembelaan perbicaraannya.



Sebuah jawatankuasa siasatan empat anggota, setelah bersidang dengan Iskandar di penjara dan mendapatkan penjelasan daripada peguam, memutuskan bahawa tidak perlu siasatan formal.



Pada Jun 2019, Iskandar meminta Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan Persatuan Undang-Undang memulai proses pengadilan disiplin yang akan dilantik untuk menyiasat pengaduannya.



Mahkamah Tinggi mendapati bahawa siasatan rasmi tidak dibenarkan dan menolak permohonannya pada Oktober 2019.



Iskandar kemudian mengemukakan rayuan terhadap keputusan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >