Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembunuhan wanita di Jurong: Polis tahan lelaki disyaki

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 35 tahun telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang wanita berusia 34 tahun di Jurong, kata polis semalam.



Polis berkata bahawa mereka telah dihubungi mengenai kejadian di Jurong East Street 32 itu pada 11.55 malam kelmarin



Seorang wanita ditemui terbaring tidak bergerak dengan beberapa kesan tusukan di kolong Blok 308.



Wanita itu tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital BesarNg Teng Fong di mana dia disahkan meninggal dunia pada kira-kira 1.30 pagi hari semalam.



Siasatan awal menunjukkan bahawa wanita dan lelaki yang diberkas itu saling kenal, kata polis.



Kesan darah yang banyak telah kelihatan di tingkat bawah Blok 308 ketika akhbar harian berbahasa Cina Lianhe Zaobao tiba di tempat kejadian.



Penduduk memberitahu Zaobao bahawa polis telah mengepung kawasan itu selama kira-kira sembilan jam.



Ketika akhbar The Straits Times tiba di tempat kejadian pada 10.15 pagi, kesan darah telah bersihkan.



Titisan darah juga dijumpai di tempat pejalan kaki Blok 307.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka menerima panggilan untuk meminta bantuan pada 12.05 pagi semalam.



Dua orang telah dibawa ke hospital, tambah SCDF.



Lelaki itu akan didakwa di mahkamah hari ini dengan tuduhan pembunuhan - yang membawa hukuman mati.



Siasatan masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >