Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pemegang pas jangka panjang, pelawat dari India tidak dibenar masuk, transit di S'pura

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan memperketatkan sempadannya dengan India mulai hari ini, dengan keadaan jangkitan Covid-19 di negara itu menjadi kian genting.



Mulai 11.59 malam, semua pemegang pas jangka panjang dan pengunjung jangka pendek yang telah pergi ke India dalam tempoh 14 hari lalu tidak akan dibenarkan transit atau masuk ke sini.



Ini termasuk bagi mereka yang telah mendapat kebenaran awal untuk memasuki Singapura, kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong semalam.



Pada masa yang sama, semua pengunjung yang telah ke India dan belum melengkapkan notis jangan keluar rumah (SHN) 14 hari sehingga 11.59 malam tadi, kini perlu menjalani SHN tambahan tujuh hari di pusat khas dan bukan di tempat kediaman mereka, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Kumpulan ini perlu menjalani tiga ujian reaksi rantai polimerase (PCR) Covid-19: apabila mereka tiba di Singapura, pada hari ke-14 SHN, dan satu lagi ujian sebelum tempoh SHN 21 hari berakhir.



Mengulas lanjut di sidang media maya Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam, Encik Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan itu berkata keadaan di India telah menjadi lebih buruk sejak awal minggu.



Menambah, beliau berkata tempoh SHN tidak berkesan 100 peratus dan berkata pekerja dari India yang baru tiba di sini boleh membawa jangkitan dari negara itu dan menyebabkan varian Covid-19 baru menular ke dormitori dan menyebabkan kelompok jangkitan baru berlaku.



"Jika penyusupan sebegitu terjadi dalam kalangan warga India yang baru tiba dan bekerja dalam sektor-sektor ini, varian baru mungkin boleh menyusup masuk ke dalam dormitori. Memburukkan keadaan lagi, pekerja yang sudah pulih atau yang sudah diberi vaksin mungkin dijangkiti dan kita mungkin lihat kelompok baru muncul lagi dalam dormitori kita," ujar Encik Wong.



Semalam, India melaporkan 314,835 kes Covid-19 baru, bilangan jangkitan terbesar di dunia bagi satu hari. Buat masa ini, negara itu telah melaporkan 16 juta kes dan angka kematian kini mencecah 185,000.



Sebuah varian Covid-19 baru juga telah dikesan di India, dan varian ini dikatakan mencetus gelombang jangkitan kedua di sana.



Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, yang juga pengerusi bersama MTF berkata Singapura sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga yang lebih tinggi selepas bilangan kes jangkitan melonjak dan kemunculan varian virus baru di serata dunia.



Menurut beliau, keadaan mungkin menjadi lebih buruk dengan cepat, menjadikan langkah memperketat pencegahan di sini suatu yang wajar.



Pengarah khidmat perubatan di MOH Profesor Madya Kenneth Mak berkata varian virus, termasuk yang dikenal pasti di Afrika Selatan dan Brazil, telah dikesan dalam 342 kes yang diimport. Semua kes telah diasingkan setibanya di sini dan tiada penularan dalam masyarakat dikesan, kata beliau lagi.



Dalam pada itu, tarikh bagi gelembung perjalanan udara antara Singapura dengan Hong Kong belum lagi ditetapkan, kata Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan berasingan semalam.



Kenyataan itu menyusuli laporan media yang menyatakan kedua-dua negara itu telah membatalkan rancangan mengumumkan gelembung perjalanan udara itu semalam.




"Jika penyusupan sebegitu terjadi dalam kalangan warga India yang baru tiba dan bekerja dalam sektor-sektor ini, varian baru mungkin boleh menyusup masuk ke dalam dormitori.

Memburukkan keadaan lagi, pekerja yang sudah pulih atau yang sudah diberi vaksin mungkin dijangkiti dan kita mungkin lihat kelompok baru muncul lagi dalam dormitori kita...

Mungkin setelah pusingan vaksinasi ini, kita mungkin perlu teruskan dengan pusingan vaksinasi lanjut... perjuangan menentang Covid-19 belum tamat tetapi dengan bekerjasama, kita boleh muncul lebih kuat dan kita boleh mengalahkan virus itu."

- Pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19, Encik Lawrence Wong.




COVID-19 DI S’PURA – 22 APR



JUMLAH KES BARU: 24



DALAM MASYARAKAT: 1



DIIMPORT: 22



DI DORMITORI: 1



JUMLAH KEMATIAN: 30



JUMLAH KES KESELURUHAN: 60,904 



(Hingga 12 tengah hari semalam)



  • Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.BH.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >