Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemegang permit kerja bentuk lebih separuh dari 42 kes Covid-19 baru: MOH

Jan 10, 2021 | 11:25 PM



LEBIH separuh atau 24 daripada 42 kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti pada Ahad (10 Januari) adalah pemegang permit kerja yang datang dari Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia dan Filipina.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya, lima daripada 24 kes ini merupakan pembantu rumah.



Selain itu, dua warga Singapura dan dua Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari Malaysia dan India juga antara kes import baru ini.



Enam kes merupakan pemegang pas tanggungan dengan sejarah perjalanan dari Austria, India, Nepal dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Empat kes adalah pemegang pas kerja dari India dan Filipina manakala satu kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka panjang yang datang dari India.



MOH menambah, seorang pemegang pas lawatan jangka pendek dari India yang melawat orang tuanya yang merupakan PR Singapura juga antara yang positif Covid-19.



Dua kes pula adalah kru kapal dengan pas khas. Mereka yang tidak turun dari kapal sampai ke sini dengan menaiki kapal berasingan dari Myanmar dan Indonesia. Ujian dikendalikan ke atas mereka di atas kapal sebelum mereka digegaskan ke hospital setalah hasil ujian menunjukkan mereka positif Covid-19.



 Tiada kes masyarakat atau dormitori dilaporkan pada Ahad.



Sebanyak 25 kes lagi sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Manakala 60 kes masih lagi dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. Satu kes berada dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU). 



Sebanyak 182 kes pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >