Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemegang saham SPH beri sokongan tawaran pembelian Cuscaden

Mar 23, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH konsortium pimpinan hartawan Encik Ong Beng Seng mendapat sokongan kukuh daripada para pemegang saham Singapore Press Holdings (SPH) untuk membeli aset bukan media SPH selepas satu persaingan sengit.



Dalam mesyuarat agung khas (EGM) semalam, pemegang saham SPH mengundi untuk menjual aset syarikat itu kepada konsortium Cuscaden Peak.



Pemegang saham Cuscaden Peak termasuk Hotel Properties (HPL), pengasas bersama dan pengarah urusannya, Encik Ong, dan dua syarikat berkaitan Temasek, Mapletree dan CapitaLand.



SPH memperolehi undian 89.19 peratus dari pemegang saham, mewakili 96.55 peratus daripada jumlah saham, yang mengundi untuk meluluskan resolusi skim untuk penjualan aset SPH kepada Cuscaden.



Resolusi itu memerlukan lebih daripada 50 peratus bilangan pemegang saham, dan sekurang-kurangnya 75 peratus dalam nilai undian.



Pemegang saham SPH juga meluluskan edaran berbentuk bukan kewangan amanah pelaburan hartanah (Reits) SPH bagi mereka yang memilih pilihan tunai berserta Reits.



Ini berpotensi mencetuskan tawaran susulan bagi SPH Reits jika Cuscaden mengumpul 30 peratus daripada Reits tersebut.



Jika itu berlaku, Cuscaden akan membuat tawaran pengambilalihan pada 96.4 sen bagi setiap unit SPH Reit.



Memandangkan pengundian dilakukan secara elektronik, pemegang saham perlu membuang undi mereka melalui proksi kepada pengerusi lembaga SPH, Encik Lee Boon Yang, selewat-lewatnya 19 Mac lalu, yang kemudiannya mengumumkan undian mereka dalam mesyuarat EGM yang diadakan secara maya.



Sebelum ini, Keppel Corporation juga telah membuat tawaran bagi membeli SPH.



Dalam satu persaingan yang sengit, Cuscaden menambah tawaran tunai sebanyak $2.36 setiap saham SPH, atau alternatif $2.40 sesaham, yang terdiri daripada $1.602 tunai dan 0.782 unit SPH Reit.



Keputusan semalam dibuat selepas SPH mendapat kelulusan mahkamah untuk menolak tawaran akhir Keppel sebanyak $2.351 setiap saham SPH, terdiri daripada 86.8 sen tunai, 0.596 unit Keppel Reit dan dan 0.782 unit SPH Reit.



Keppel membantah penolakan itu dan meminta ia dikemukakan kepada timbang tara.



Namun, pengarah bebas SPH telah menyokong tawaran Cuscaden, dengan mengatakan bahawa nilai tersiratnya lebih tinggi daripada nilai Keppel.



Ciri utama skim Cuscaden ialah ia memberikan kelonggaran kepada pemegang saham SPH iaitu sama ada untuk memilih pilihan semua tunai, atau tunai dan unit Reit SPH.



Harga saham SPH dan SPH Reits digantung dalam dagangan semalam. Kelmarin, harga saham SPH ditutup pada $2.34 manakala SP Reit pada 96 sen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >