Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MALAM LAWAK SASTERA BH

Pementasan komedi wadah baru belajar bahasa Melayu

Nov 07, 2016 | 05:30 AM



PEMENTASAN Malam Lawak Sastera memberikan satu peluang kepada masyarakat melihat bahasa dari kaca mata komedi dan memikirkan secara inovatif bagaimana minat mengguna, menghayati dan mendalami bahasa, budaya serta kesusasteraan Melayu dapat terus dibangunkan.



Demikian menurut Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), ketika ditemui Berita Harian selepas pementasan Malam Lawak Sastera di Panggung Victoria malam kelmarin.



Turut hadir menonton pementasan satu setengah jam itu ialah Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dan Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.



Dianjurkan Berita Harian bersama Pesta Penulis Singapura (SWF), Malam Lawak Sastera merupakan antara salah satu daripada 310 acara menarik yang disajikan bagi menyemarakkan SWF ke-19 yang berlangsung hingga 13 November ini.



"Pada malam ini, para penonton dapat mengalami sendiri keindahan serta kemeriahan bahasa, budaya dan kesusasteraan Melayu kita.



"Saya gembira pementasan ini dijalankan hasil kerjasama pelakon golongan perintis serta anak muda kita.



"Diharapkan golongan yang lebih muda lagi serta guru-guru juga boleh mengambil pengajaran daripadanya dan menggunakannya sebagai satu wadah dalam pembelajaran Bahasa Melayu.



"Cara menyelitkan unsur komedi dalam bahasa sesuatu yang menarik bagi saya dan saya yakin kalau kita teruskan usaha meneroka cara inovatif ini, kita boleh meraihkan lebih banyak manfaat, bukan saja bagi pembelajaran masyarakat kita, malah masyarakat majmuk di Singapura," ujar Dr Faishal.



Dalam pada itu, Encik Saktiandi turut menyatakan bahawa inisiatif sebegini dapat memberikan pengalaman mendekati bahasa serta budaya Melayu dengan cara berbeza.



"Pementasan malam ini adalah satu wadah segar mengenali bahasa serta budaya Melayu bagi masyarakat kita.



"Ia menunjukkan bahawa pembelajaran bahasa boleh dilakukan dalam pelbagai cara dan tidak sesuatu yang serius saja.



"Anak-anak muda juga sekali gus dapat memahami dan menikmati bahasa Melayu melalui wadah berlainan," ujar Encik Saktiandi.



Pementasan yang menampilkan enam pelakon mapan dan berbakat - M. Saffri A. Manaf, Norsiah Hamid, GT Lye, Junaidah Eksan, Ariff Esa dan Zainal Ihim - menyentuh kisah dua keluarga cuba mengkahwinkan anak mereka yang 'terlajak' usia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >