Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
3

Pementasan Tumasik penuh gah

Aug 08, 2017 | 05:30 AM

Rentetan sejarah sebelum Singapura mendapat namanya dirungkai semula dalam pementasan teater tari berjudul Tumasik - Revisiting Our Story di Panggung Victoria. Acara gala perdana kelmarin malam dihadiri lebih 500 orang penonton dengan Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, sebagai tetamu terhormat. Duta negara, tokoh korporat, pemimpin masyarakat dan selebriti merupakan antara yang hadir. Pementasan dijayakan lebih 90 orang penari, pemuzik dan penyanyi itu diterbitkan oleh Era Dance Theatre Ltd (EDT) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak dan disokong Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East. Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Maliki Osman, merupakan penaung EDT. Pementasan kedua yang dibuka kepada orang ramai berlangsung malam tadi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3