Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemergian diingati ramai...

Dec 18, 2020 | 05:30 AM



MEMANG menjadi rutin harian bagi Allahyarham Muhammad Fadil Sulaiman keluar ke masjid seawal 5 pagi untuk berjemaah subuh dan menantikan waktu solat yang lain.



Wajah cerianya memang sering kelihatan di majlis-majlis ilmu atau acara yang diadakan masjid di serata Singapura dan juga acara anjuran masyarakat sejak beliau remaja lagi. Allahyarham dianggap ramai sebagai 'orang istimewa'.



Kehilangan beliau bukan hanya dirasakan keempat adik-beradiknya, malah kenalan dan mereka yang mengenalinya.



Allahyarham Fadil, 42 tahun, meninggal dunia kelmarin selepas rebah di stesen MRT.



Menurut abangnya, Encik Mohammad Latif Sulaiman, beliau dihubungi pihak polis sekitar 2.40 petang kelmarin dan diberitahu adik bongsunya itu rebah di stesen MRT setelah mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).



Encik Latif dan anggota keluarga yang lain tidak sempat bertemu Allahyarham yang disahkan meninggal dunia oleh doktor sekitar sejam kemudian.



Allahyarham Fadil selamat dikebumikan di Pusara Aman petang semalam.



"Kali terakhir saya berbual dengannya adalah malam sehari sebelum beliau meninggal, beliau tak tau tengok hari atau waktu jadi beliau tanya saya baca Yasin hari ini ke?



"Memang setiap malam Jumaat beliau akan ke masjid untuk baca Yasin, jadi saya beritahu beliau, tak baca Yasin esok di masjid, tapi sekarang kita yang baca Yasin untuk arwah," kata Encik Latif, yang tidak dapat menahan sebak semasa dihubungi Berita Harian semalam.



"Arwah memang seorang yang istimewa... syarahan dan juga acara-acara masyarakat itulah tempat-tempat yang beliau sering pergi untuk hiburkan hati.



"Kami terima banyak mesej dan ucap takziah, memang kami sekeluarga amat terharu bila lihat ramai yang mengingatinya," katanya.




Laporan lanjut : Artis dari seberang turut memperingati Fadil




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >