PRESIDEN Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam mengutuskan kawat takziah kepada suami mantan Anggota Parlimen (AP), Dr Dixie Tan, yang meninggal dunia kelmarin selepas dua bulan menghidap barah otak.
Dalam suratnya kepada Dr Tan Ngoh Chuan, Presiden Tony Tan berkata mendiang Tan adalah seorang wanita luar biasa yang menjaga keperluan keluarganya dan bekerja keras sebagai AP kawasan undi Ulu Pandan.