Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemergian M. Ramlee dirasai dunia dramatis

Allahyarham dikatakan sentiasa ceria dan gembira di set penggambaran
Mar 15, 2018 | 05:30 AM



SELEPAS sekitar sebulan dirawat di hospital, pengacara dan penyanyi era 1970-an, M. Ramlee, menghembuskan nafas terakhirnya pagi semalam. Allahyarham berusia 71 tahun.



Menyatakan demikian dalam satu pos Facebbok semalam, salah seorang anak Allahyarham, yang hanya dikenali sebagai 'Haza', 30-an tahun berkata bapanya, "Ramlee Bin Md Isa (M. Ramlee), telah selamat kembali ke Rahmatullah pada 10.56 pagi tadi".



Semasa ditemui di Masjid Pusara Aman di mana jenazah dimandi, dikafan dan disolatkan, sebelum dikebumikan, anak bongsunya yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Cik Ika, 30 tahun, berkata bapanya telah mengalami demam panas sebelum dimasukkan ke hospital.



"Allahyarham ayah diletakkan dalam keadaan koma yang sementara semasa dirawat di hospital," kata beliau.



Namun beliau amat keberatan untuk ditemu ramah dengan lebih lanjut.



"Maaf, keluarga kami agak privet. Jadi saya tidak dapat beri lebih banyak maklumat," katanya.



Allahyarham yang dikatakan mempunyai empat anak sebelum ini menetap di Jurong West bersama keluarganya.



Dilahirkan pada 1946, lagu beliau yang hits termasuk Hari Lebaran selain lagu Ingin Tahu bersama penyanyi veteran Sanisah Huri.



Salah seorang rakan lamanya, pengarah dan penerbit drama dan filem setempat Nadiputra, menganggap Allahyarham sebagai pelakon serius akan semua projek lakonan yang dipikulnya.



"Walaupun ia satu drama komedi, arwahnya akan memastikan ia sebuah komedi yang bermakna.



"Semasa diberi skrip, beliau akan pastikan dirinya faham dan mendalami skrip tersebut.



"Bukan sekadar baca dan sampaikan sahaja. Itu kekuatannya," kata beliau semasa dihubungi wartawan.



Seorang pelakon yang juga pengarah Kisah Tok Kadi (siri kedua), Seri Wahyuni Jaes, menganggap Allahyarham sebagai seorang yang mesra semasa di set penggambaran.



"Kami semua gemar bekerjasama dengannya - ceria dan gembira. Suka bergurau," katanya menerusi mesej WhatsApp kepada wartawan.



Allahyarham yang juga salah seorang pelakon drama Kisah Tok Kadi (siri kedua), sepatutnya menjalani satu penggambaran telemovie sempena Hari Ibu.



"Tapi beliau dimasukkan ke hospital sehari sebelum penggambaran bermula," kata Seri yang sepatutnya menjadi anak kepada watak Allahyarham.




"Walau pun ia satu drama komedi, arwahnya akan memastikan ia sebuah komedi yang bermakna. Semasa diberi skrip, beliau akan pastikan dirinya faham dan mendalami skrip tersebut. Bukan sekadar baca dan sampaikan sahaja. Itu kekuatannya."
- Nadiputra, rakan lama yang menganggap Allahyarham pelakon serius akan semua projek lakonan yang dipikulnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >