Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemergian Ustaz Jalaluddin disifat sebagai 'kehilangan besar'

Dec 15, 2021 | 05:30 AM



USTAZ Dr Leyaket Ali Mohamed Omar amat terperanjat apabila menerima berita mengenai pemergian teman rapatnya, Allahyarham Ustaz Jalaluddin Hassan, di Makkah sekitar 10.20 pagi semalam.



Allahyarham adalah pengarah urusan Jalaluddin Travel & Services serta naib presiden Persatuan Ejen Pelancongan Muslim Singapura (Amtas), dan berada di Makkah dipercayai kerana memimpin rombongan umrah.



Isteri dan anak perempuan pertama Allahyarham ada bersamanya di Makkah.



Menurut Ustaz Dr Leyaket Ali, pengarah urusan Attawasol Insaniy, Allahyarham, 48 tahun, baru sahaja mengirimkan mesej beserta dua gambar kepadanya dua hari lalu.



Satu gambar menunjukkan Allayarham berdiri di hadapan Ka'abah, sementara satu lagi ialah senarai nama sahabat Allahyarham yang beliau doakan.



Oleh itu, Ustaz Dr Leyaket Ali tidak sangka akan menerima berita mengenai pemergian teman rapatnya itu daripada seorang pegawai kanan Allahyarham, Encik Abdul Rahim, yang juga sedang berada di Makkah.



"Saya menerima berita bahawa beliau mengadu sakit di belakangnya dan dikejarkan ke Hospital Al-Bait di Makkah, tetapi hospital itu tutup.



"Dikhabarkan, Allahyarham Ustaz Jalaluddin mengalami serangan jantung," kata Ustaz Dr Leyaket Ali.



"Beliau adalah seorang yang sangat rapat dengan saya kerana kami sudah berkenalan hampir 17 tahun. Malah, keluarga kami juga sangat rapat.



"Kehilangan beliau adalah satu kehilangan yang besar dan kami berasa sangat sedih.



"Namun, beliau akhirnya mendapat apa yang selalu beliau doakan, iaitu meninggal di Tanah Suci Mekkah," tambahnya.



Mengesahkan pemergian Allahyarham kepada Berita Harian, presiden Amtas, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, berkata:



"Kita semua dalam kesedihan. Lagi-lagi Ustaz Jalaluddin Hassan ialah naib presiden Amtas dan saya telah letakkan harapan baginya mengganti saya pada masa hadapan.



"Tapi Allah lagi sayangnya daripada kita dan beliau dipanggil Allah di tempat yang baik daripada segala-galanya, iaitu di kota Makkah al-Mukarramah.



"Kesedihan yang dirasakan memang tidak dapat digambarkan dan kita akan doakan bersama-sama."



Semasa dihubungi Berita Harian, Encik Abdul Rahim, pegawai kanan Allahyarham tidak dapat memberi maklumat lanjut kerana sedang sibuk menguruskan ehwal di hospital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >