Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sidang Puncak AS-DPRK

Pemerhati politik Barat berbelah bagi tentang kesudahan Sidang Puncak AS-Korea U

Jun 12, 2018 | 10:32 AM



 





JURUANALISIS politik Barat berbelah bagi tentang kesudahan sidang puncak antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara (DPRK-AS) yang sedang berlangsung di Sentosa, Singapura pada 12 Jun.



Walau beberapa pemerhati berkata cara di luar kebiasaan yang dituruti kededua pemimpin boleh memecah kejumudan berdekad lama, beberapa yang lain bersifat lebih sinis, dan berkata presiden Amerika Donald Trump tidak membuat persiapan menyeluruh dan tindakan pemimpin Korea Utara sukar dicongak.



Encik Trump akan menawarkan perjanjian keamanan, wakil diplomatik Amerika di Pyongyang dan bantuan ekonomi, jika Encik Kim bersetuju menyerahkan kuasa nuklear negaranya secara keseluruhannya, menurut akhbar The New York Times pada Isnin (11 Jun).



Akhbar The Atlantic berkata Encik Trump, walau dianggap sebagai seseorang pemimpin ‘yang kurang tahu dan berego tinggi’ dan kurang tahu-menahu tentang butiran penyerahan kuasa nuklear, beliau amat mendamba diiktiraf sebagai pencetus proses pendamaian di semenanjung Korea, sesuatu yang boleh menjadi kekuatannya.



“Perkara paling penting yang perlu berlaku (di sidang puncak ini) adalah permulaan proses mengubah hubungan antara Korea Utara dengan Amerika,” kata Peter Beinart, editor yang menyumbang artikel kepada The Atlantic.



Menurut Encik Beinart, Encik Trump, yang condong kepada sikap mencongak sikap pemimpin negara lain mengikut perwatakan mereka dan bukan dari sudut ideologi, boleh menjalin hubungan dengan Encik  Kim yang boleh memulakan proses pendamaian.



 Penulis The New Yorker, Robin Wright pula berkata kededua pemimpin itu akan mencetus sejarah di Singapura apabila mereka berjabat tangan, sesuatu yang berlaku di tempat pertemuan di Hotel Capella pada 9.03 pagi pada 12 Jun.



Saat itu penting kerana ia adalah kali pertama seorang presiden Amerika telah bertemu dengan seorang pemimpin Korea Utara.



Tambah Cik Wright, Encik Trump kini juga mengalami tekanan lebih hebat - berbanding Encik Kim - untuk mengadakan sidang puncak yang berjaya di Singapura, selepas beliau meninggalkan sidang puncak G-7 dengan pemimpin ekonomi dunia terbesar dunia, secara mendadak dalam perjalanan ke Singapura, menarik balik sokongannya bagi kenyataan bersama yang diterbitkan kumpulan ekonomi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >