Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wajah-wajah NDR

ndr
Aug 22, 2022 | 05:30 AM



Pemeriksaan imigresen



Semasa pandemik Covid-19 mula melanda, ramai orang khuatir apakah mereka akan dijangkiti.



Apatah lagi apabila penerbangan sulung yang membawa balik rakyat singapura dari Wuhan, China mendarat di Lapangan Terbang Changi.



Ketika itu ramai mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga keselamatan diri dan mengelakkan berada di tempat awam.



Meskipun berdepan dengan keadaan tidak menentukan dan kebimbangan terhadap virus baru ketika itu, pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Staf Sarjan Muhammad Rizwan Ismail tidak pernah terhalang daripada meneruskan tugasnya di barisan hadapan.



Tanpa berlengah, Staf Sarjan Rizwan menawarkan dirinya bagi menjalankan pemeriksaan imigresen ke atas penumpang baru tiba di Singapura.




Berkhidmat kepada masyarakat



Sebagai seorang doktor di Hospital Besar Ng Teng Fong, Dr Norhisham Main merawat ramai pesakit, yang tidak mahupun yang menghidapi Covid-19.



Pada masa luangnya, beliau, yang juga presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam, giat berkhidmat kepada masyarakat Melayu/Islam.



Ketika mendekati masyarakat, Dr Norhisham sering mengongsi maklumat dan menjelaskan tentang perkembangan Covid-19 di sini.



Salah satu pendekatan ini ialah melalui satu rakaman episod 'Tanya Apa Saja' bersama Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, untuk menangani situasi pandemik dalam masyarakat.



Melalui usaha seperti itu, Dr Norhisham berjaya melegakan keprihatinan dan kebimbangan masyarakat mengenai virus itu.



Pada masa sama, beliau membantu masyarakat menyokong langkah keselamatan yang diterapkan di sini.




Tidak pentingkan diri sendiri



Sepanjang pandemik Covid-19, ramai kakitangan di sektor jagaan kesihatan memberanikan diri dan berkhidmat di barisan hadapan bagi menangani pandemik itu.



Antara mereka ialah Cik Nur Nazaria Baharudin, jururawat staf kanan di Institut Sains Neuro Nasional.



Ketika Singapura memerangi virus itu, Cik Nazaria berkhidmat di barisan hadapan bukan sekali dua, tetapi tiga kali.



Ketika berada di barisan hadapan, beliau membantu merawat ribuan pekerja hijrahan yang tinggal di dormitori dan di CCF@EXPO.



Meskipun mempunyai tugas berat seperti waktu kerja yang panjang dan harus memakai PPE, keutamaan Cik Nazaria ialah memastikan pesakitnya selamat.




Rajin bersihkan taman permainan



TAMAN permainan berdekatannya amat popular dalam kalangan kanak-kanak, tetapi apabila beliau mengetahui bahawa semua orang takut dengan Covid-19, Encik Razali Puasa memutuskan untuk membersihkan dan menyahjangkit taman permainan tersebut.



Penduduk Toa Payoh itu melakukan demikian untuk memberi jaminan kepada keluarga-keluarga bahawa ia bersih dan selamat untuk anak-anak mereka bermain di sana. Perbuatan yang mudah itu membawa perbezaan yang besar kepada masyarakat, kata Encik Lee.




Relawan di pusat vaksinasi



PESARA, Cik Alice Chua, menjadi relawan pusat vaksinasi di East Coast, dan membawa warga emas untuk janji temu mereka.



Menggunakan keupayaannya yang bukan sahaja dapat berbicara dalam dialek Cina, tetapi juga bahasa Melayu, Cik Chua dapat merapatkan jurang bahasa, lantas membolehkannya menenangkan warga emas sewaktu suntikan mereka.



Setiap daripada usahanya itu bermakna dalam kempen vaksinasi nasional Singapura, kata Encik Lee.




Masak untuk jiran tetanga



BELIAU mendapati bahawa ramai jirannya yang merupakan warga emas, takut untuk keluar rumah sewaktu pandemik Covid-19, lantas membuat mereka tidak bermaya. Dalam usaha menaikkan semangat mereka, Cik Ruku Pakirisamy memasak dan mengagihkan makanan untuk jiran-jirannya - kadangkala kari, kadangkala beehoon.



Sebungkus hidangan panas yang dimasak penduduk Yishun itu telah membawa banyak senyuman mesra, kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >