Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemeriksaan kencing manis bagi wanita hamil

Nov 18, 2015 | 10:25 AM



MULAI Januari tahun depan, semua ibu hamil di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) dan Hospital Besar Singapura (SGH) akan ditawarkan pemeriksaan bagi penyakit kencing manis gestasi (keadaan sementara yang berlaku semasa hamil).


Sebagai sebahagian daripada projek percubaan enam bulan, pemeriksaan akan ditawarkan kepada wanita hamil 24 hingga 28 minggu, apabila gejala itu cenderung berlaku.


KKH kini menawarkan pemeriksaan terutamanya bagi wanita hamil yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi. Ia termasuk mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) tinggi, ahli keluarga yang mempunyai kencing manis, atau mereka yang berusia 35 dan ke atas.


Bagaimanapun, menurut kajian yang diterbitkan oleh KKH dan Sekolah Perubatan Siswazah Duke-NUS bulan lalu, pendekatan semasa pemeriksaan tersasar gagal mengenal pasti lebih daripada 60 peratus ibu yang menghidap diabetes sederhana.


Projek percubaan baru itu bertujuan membolehkan pengesanan awal dan campur tangan.


Kira-kira satu dalam 10 wanita hamil menghidapi kencing manis gestasi, kata Profesor Tan Kok Hian, ketua audit perinatal dan unit epidemiologi di KKH, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (18 Nov).


Ibu yang menghidap diabetes gestasi melalui kaunseling untuk membantu mereka memantau dan menguruskan keadaan mereka. Ini boleh dilakukan melalui kawalan pemakanan atau preskripsi insulin.


"Campur tangan perubatan bagi pesakit kencing manis gestasi mengurangkan kadar komplikasi sebanyak 40 peratus," ujar Profesor Tan.


Diabetes gestasi boleh membawa kepada risiko kesihatan.


Bayi mempunyai peluang lebih tinggi mempunyai berat badan melebihi 4 killogram ketika lahir, dan ibu mungkin menderita halangan semasa hendak bersalin.


Semasa hamil, ibu boleh mengalami tekanan darah tinggi atau sakit pelahiran sebelum tempoh bersalin, apabila gejala hendak bersalin berlaku sebelum 37 minggu kehamilan.


Ini boleh membawa kepada kelahiran tidak cukup bulan.


Ibu juga mempunyai peluang tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis jenis 2 selepas bersalin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >