Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemeriksaan keselamatan di laut ditingkat semasa musim monsun

MPA
Dec 16, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan menjalankan pemeriksaan keselamatan lebih ketat semasa musim monsun timur laut, yang bermula separuh pertama bulan ini dan dijangka berakhir pada Mac tahun depan.



Ini termasuk lebih banyak pemeriksaan mengejut ke atas feri, kapal pelabuhan dan kapal peranginan tempatan, menurut MPA semalam.



"Selain pemeriksaan tambahan ke atas keadaan umum kapal, pemeriksaan akan juga memberi tumpuan pada keselamatan proses turun naik penumpang, keadaan peralatan memadam api dan menyelamat di atas kapal, dan kebiasaan pengendali dengan prosedur kecemasan serta pematuhan pada peraturan MPA berkaitan lesen mereka," ujar penguasa itu.



Monsun itu membawa ribut petir sederhana hingga lebat, dengan angin kencang dan laut bergelora yang boleh meningkatkan risiko, kata MPA, sambil menambah bahawa tempoh itu bertepatan dengan musim perayaan akhir tahun dan pembukaan semula sempadan Singapura secara progresif.



MPA berkata pemeriksaan rambang itu dipertingkat sebagai respons kepada penggunaan feri dan kapal peranginan setempat bagi aktiviti dan lawatan ke pulau-pulau selatan.



Hasil pemeriksaan rambang itu akan dikongsi dengan wakil industri pada sesi dialog tetap bagi memastikan kapal-kapal itu dikendalikan dengan selamat.



"Pegawai MPA terus mengadakan sesi taklimat keselamatan kepada pemilik dan kru feri serta kapal pelabuhan dan peranginan untuk mengingatkan mereka supaya mematuhi amalan terbaik selamat dan kepentingan keselamatan dalam pelayaran."



Di samping usaha ini, MPA berkata pasukan audit Covid-19 penguasa itu telah menambah jumlah pemeriksaan yang dilakukan ke atas prasarana tepi pantai utama untuk memastikan langkah pengurusan selamat dipatuhi dalam usaha membendung virus itu.



Ia menambah bahawa langkah-langkah ini mesti dipatuhi oleh kededuanya - kru dan penumpang - setiap masa memandangkan situasi dan kemunculan varian Omicron Covid-19 yang lebih mudah berjangkit.



Ketua pelabuhan MPA, Kapten Chong Jia Chyuan, berkata: "Keselamatan merupakan tanggungjawab bersama. MPA menggesa industri dan pengguna pelabuhan supaya berwaspada semasa mengemudi kapal dan memainkan peranan mereka dalam mencegah insiden di laut.



"Kami juga menggesa orang ramai yang menaiki kapal ke laut supaya sentiasa berwaspada dan membiasakan diri dengan peralatan menyelamatkan nyawa, arahan keselamatan penumpang dan keadaan cuaca semasa."



Kapten Chong juga menggesa mereka yang melakukan aktiviti air rekreasi supaya lebih berhati-hati semasa musim monsun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >