Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemeriksaan keselamatan diperketat bermula di stesen MRT terpilih

Apr 01, 2021 | 07:13 PM



LANGKAH pemeriksaan keselamatan yang sama dengan pemeriksaan di lapangan terbang mula dilakukan di stesen MRT terpilih pada Khamis (1 April).



Pemeriksaan termasuk pemantauan mengesan besi dan pemeriksaan X-ray yang dibuat secara rambang.



Pemeriksaan yang dipertingkatkan itu dijalankan lancar di stesen Bukit Gombak pada laluan Utara-Selatan dan stesen Kembangan di laluan Timur-Barat.



Di setiap stesen, sehingga empat pegawai keselamatan transit yang digajikan secara kontrak ditempatkan bersama peralatan pemeriksaan sebelum pintu bayaran tambang.



Dari 10.20 pagi hinga 10.30 pagi di stesen Bukit Gombak, lapan penumpang yang membawa beg dipilih secara rambang untuk menjalani pemeriksaan.



Mereka diminta mengosongkan saku dan meletakkan semua barangan milik mereka dalam dulang yang kemudian diimbas mesin pengimbas X-ray.



Mereka juga perlu berjalan melintasi ruang pengesan besi di mana pegawai keselamatan menggunakan alat pengesan besi untuk memeriksa mereka.



Keseluruhan proses mengambil masa kurang 30 saat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >