Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemeriksaan keselamatan ke atas sektor berisiko tinggi dipertingkat

Zaqy: Lebih tumpuan ke atas sektor perkilangan yang catat enam kes kematian disebabkan kemalangan di tempat kerja tahun lalu
Apr 20, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) akan melaksanakan 400 pemeriksaan keselamatan dari Mei hingga Jun ini ke atas sektor berisiko tinggi termasuk pembinaan dan perkilangan.



Mengumumkan langkah itu semalam, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad berkata pemeriksaan itu - diberi nama Operasi Ibis - akan dilakukan sebagai tambahan kepada pemeriksaan rutin.



Encik Zaqy berkata kementeriannya sedang memberi lebih tumpuan kepada sektor perkilangan, yang telah melihat enam kes kematian disebabkan kemalangan di tempat kerja tahun lalu, berbanding empat pada 2019.



Sektor itu juga mempunyai kes kecederaan tidak membawa kepada maut yang tertinggi tahun lalu - 110 kes kecederaan besar dan lebih 2,300 kes kecederaan kecil.



Kejadian melibatkan penggunaan mesin, membentuk lebih 30 peratus daripada kecederaan dalam sektor itu, dan merupakan satu keprihatinan, kata Encik Zaqy.



Beliau juga menarik perhatian terdapat 48 kes melibatkan amputasi tangan atau kaki, atau sebahagian daripada tangan atau kaki, tahun lalu.



"Ini terlalu tinggi. Setiap tangan atau kaki yang hilang bermakna mata pencarian terjejas.



"Jadi kami perlu memberi lebih perhatian kepada sektor perkilangan dan bagaimana kami boleh meningkatkan keselamatan," kata Encik Zaqy.



Beliau berkata demikian apabila ditemui pihak media semalam selepas satu pemeriksaan di Esun International, sebuah pusat mengitar semula logam di Jurong.



Syarikat itu telah diberi perintah berhenti bekerja selepas pemeriksaan mendedahkan beberapa isu keselamatan, seperti pengurusan trafik dan penyenggaraan mesin yang kurang baik.



Syarikat itu dipilih berdasarkan penilaian risiko MOM ke atas industri dan kerja yang dilakukan, dan tidak diberitahu tentang pemeriksaan mengejut itu.



Bagi pemeriksaan yang akan dilakukan pada Mei hingga Jun ini, Encik Zaqy berkata ia akan memberi waktu untuk menyemak proses mereka dan langkah pengurusan keselamatan mereka.



Selain langkah penguatkuasaan, MOM juga sedang mempertimbangkan langkah untuk menggalakkan syarikat memastikan pekerja mereka dilatih dengan lebih baik.



Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHC) telah menghasilkan bahan baru bagi syarikat berkaitan latihan dan usaha meningkatkan kesedaran untuk mengendali mesin dengan selamat.



Beliau memberi contoh dua kes kematian pada Februari lalu melibatkan pengendali bum (kren bergerak) dan pengendali forklift yang tidak layak mengendali mesin tersebut.



"(Kes ini) adalah peringatan mengapa keselamatan penting, dan mengapa kita mesti melindungi pekerja kita," kata Encik Zaqy.



Katanya lagi, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk memastikan keselamatan sedang ada syarikat yang mungkin cuba untuk mengejar masa, setelah kerja sebelum ini terhenti semasa pandemik ini.



Selain dilatih dengan betul, pekerja juga perlu mendapat rehat dan tidur yang mencukupi, kata Encik Zaqy.



Dalam pada itu, MOM akan terus melindungi nama baik Singapura sebagai tempat kerja yang selamat.



"Kami telah bertahun berusaha ke arah ini. Kami merupakan antara negara paling selamat dari segi tempat untuk bekerja.



"Tetapi saya fikir masih ada banyak lagi yang perlu dilakukan," ujar Encik Zaqy.



Bulan lalu, Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHC) melancarkan Kempen Safe Hands bagi memberi tumpuan terhadap meningkatkan kesedaran tentang keselamatan mengguna mesin bagi mengelak kecederaan tangan dan jari.



Dilaporkan sebelum ini, terdapat 1,756 kecederaan disebabkan kejadian mesin tahun lalu, lebih rendah berbanding 2,262 pada 2019.



Namun kemerosotan itu mungkin disebabkan tempoh pemutus litar dan penggantungan kegiatan perniagaan waktu itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >