Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemeriksaan TB di blok di Ang Mo Kio selesai

TB
Jun 20, 2016 | 08:20 AM



KIRA-KIRA 230 orang telah diperiksa bagi batuk kering (TB) di sebuah blok di Ang Mo Kio tempat satu kelompok kes TB jenis tahan pelbagai ubat dikenal pasti baru-baru ini.



Pemeriksaan itu dijalankan secara percuma oleh Kementerian Kesihatan (MOH) di kolong Blok 203, Ang Mo Kio Avenue 3 sejak Khamis lalu, bagi penduduk dan bekas penduduk blok tersebut.



Semasa memberi kemas kini pada akhir pemeriksaan itu, MOH berkata daripada jumlah tersebut, sembilan berkata mereka mengalami batuk lebih tiga minggu, dan dirujuk kepada Unit Kawalan TB Hospital Tan Tock Seng (TTHS) bagi ujian lanjut.



Seramai 13 penduduk berusia lima tahun dan di bawah diberi janji temu pemeriksaan di unit itu memdangkan ujiannya berbeza bagi kanak-kanak.



Kira-kira 350 orang tinggal di blok tersebut.



MOH berkata ia menjangka akan mengesan beberapa kes TB terpendam - apabila seseorang mempunyai bakteria TB dalam badannya tetapi tidak ada tanda-tanda, memandangkan jangkitan itu bukan luar biasa dalam populasi umum.



Ini mungkin tidak ada kaitan dengan kelompok enam pesakit yang dikesan sebelum ini.



Dalam apa yang disifatkan kementerian itu sebagai "kejadian sangat luar biasa", enam penduduk blok itu didiagnosis dengan TB jenis tahan pelbagai ubat tahan yang sama sepanjang tempoh empat tahun.



MOH menambah bahawa pegawai dan sukarelawan akar umbi pergi menemui lebih 80 peratus daripada isi rumah di blok yang mempunyai 160 flat itu.



Mereka yang diperiksa akan mendapat hasil pemeriksaan mereka dalam masa dua minggu.



Kementerian itu berkata ia telah membuat persiapan bagi penduduk dan bekas penduduk yang tinggal di blok itu dari Julai 2011 diperiksa secara percuma di sembarang klinik Sata CommHealth hingga akhir bulan ini.



Selepas 30 Jun, mereka boleh membuat janji temu untuk diperiksa di Unit Kawalan TB TTSH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >