Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan ambil tapak Raffles Country Club bagi HSR, Laluan Rentas Pulau

Jan 04, 2017 | 02:34 PM



TAPAK Raffles Country Club di Tuas akan diperolehi oleh pemerintah bagi projek kereta api kelajuan tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur dan depot barat Laluan Rentas Pulau (CRL).



Dalam pengumuman di laman webnya pada Rabu (4 Jan), kelab itu berkata ia akan dikehendaki menyerahkan tapak seluas 143ha itu kepada Penguasa Tanah Singapura (SLA) sebelum 31 Julai 2018.



Dibuka pada 1988, Raffles Country Club mempunyai dua padang golf 18 lubang dan kira-kira 2,650 ahli.



Pajakan tapak itu dijadualkan tamat pada 2028.



Laman web broker keahlian kelab menunjukkan keahlian kelab itu diniagakan pada harga antara $32,500 dan $34,000.



HSR antara Singapura dan Kuala Lumpur akan menyeberangi Selat Johor melalui sebuah jambatan. Ia dijadualkan mula beroperasi pada 2026.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SLA dalam satu kenyataan bersama pada Rabu berkata tapak kelab itu lokasi paling sesuai bagi landasan selepas jambatan tersebut.



Tapak itu akan juga menjadi lokasi bagi terowong bawah tanah yang akan membawa kereta api kelajuan tinggi itu ke perhentiannya di Jurong East, serta trek pelintas dan kemudahan landasan sisi untuk menempatkan sementara kereta api berhampiran sempadan.



Sebahagian daripada tapak itu akan juga digunakan bagi depot barat CRL baru sebagai kemudahan menyimpan dan menyenggara. CRL, yang akan berkhidmat bagi kawasan seperti Loyang, Hougang dan Clementi, dijangka siap menjelang 2030.



SLA menambah ia akan bekerjasama rapat dengan pihak pengurusan kelab itu untuk membantunya melalui proses pengambilalihan.



Raffles Country Club kelab kedua yang akan diambil pemerintah bagi projek HSR yang sepanjang 350km.



Ia mengumumkan pada Mei 2015 bahawa tapak Jurong Country Club di Jurong East akan menjadi perhentian Singapura bagi HSR.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >