KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MOT)
Pemerintah akan belanja $60b dalam sedekad demi kelicinan operasi kereta api
Mar 06, 2020 | 05:30 AM
LEBIH $60 bilion akan dibelanjakan dalam sedekad akan datang untuk mengembangkan, memperbaharui dan menyelenggara rangkaian kereta api Singapura.
Jumlah tersebut termasuk untuk kerja-kerja di Laluan Thomson-East Coast (TEL), Timur Laut (NEL), Downtown (DTL), Circle dan Daerah Jurong (JRL).