Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan belanja sekitar $3.5b untuk ICT; naik 30% dari anggaran

Jun 08, 2020 | 12:47 PM



PEMERINTAH akan membelanjakan sekitar $3.5 bilion pada pemerolehan infokom teknologi (ICT) dalam tahun kewangan 2020.



Ini bagi merangsang ekonomi dan menyokong perniagaan pulih daripada kesan Covid-19. 



Jumlah itu adalah peningkatan 30 peratus daripada anggaran perbelanjaan $2.7 bilion bagi tahun kewangan 2019.


Perbelanjaan yang bertambah itu akan membantu pemerintah mempercepatkan digitalisasi sedang teknologi menjadi lebih penting dalam membolehkan warga dan pekerja menyambung semula kegiatan biasa, dan untuk perniagaan dibuka semula secara selamat selepas pemutus rantaian jangkitan.


Syarikat kecil dan sederhana (SME) layak mengambil bahagian dalam 80 peratus peluang pemerolehan itu.


Perbelanjaan ICT bagi tahun kewangan 2020 yang diunjurkan pemerintah itu akan disalurkan ke lima bahagian utama termasuk pembangunan alat teknologi baru untuk bertindak balas kepada Covid-19, pembangunan perkhidmatan digital yang berpusatkan warga dan perniagaan, serta pembangunan sistem ICT di sistem awan atau 'cloud'.


Ia juga akan disalurkan kepada pemodenan prasarana ICT pemerintah serta penggunaan analitik data, kecerdasan buatan (AI) dan pengimbas dalam sektor awam.


Selain itu, SME akan dibantu mengambil bahagian dengan lebih mudah dalam pemerolehan ICT pemerintah.


Bagi tahun kewangan 2020, pemerintah akan membuka tender pukal bagi perkhidmatan seperti Sains Data dan AI.


Dengan nilai unjuran $1.2 bilion, Tender Pukal itu akan memperluas peluang bagi SME untuk mengambil bahagian dan memenangi kontrak ICT dengan agensi pemerintah.


Sementara itu, Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) menawarkan lebih 400 kerja kosong bagi lulusan baru dan karyawan teknologi yang berpengalaman untuk tugas seperti jurutera Sofwe dan jurutera AI.


Ini dilakukan sebagai sebahagian daripada inisiatif SGUnited Jobs dan bertujuan mengukuhkan keupayaan kejuruteraan dalaman pemerintah dan mempercepatkan kadar digitalisasi.


Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman go.gov.sg/techhunt.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >