Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan beri butiran pakej sokongan GST semasa Belanjawan 2020

Nov 10, 2019 | 11:36 AM



LANGKAH menaikkan GST bukan langkah yang popular dan pemerintah boleh tunggu sehingga selepas pilihan raya umum akan datang untuk mengumumkannya.



Namun, ini bermakna mereka akan bersikap tidak jujur.



Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata demikian semasa berucap di konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapore Expo pagi tadi (10 Nov).



“Perkara bertanggungjawab yang sepatutnya dilakukan adalah untuk berterus-terang dan memberitahu orang ramai yang ini akan berlaku. Inilah erti kewibawaan.



“Kami tidak sembunyi daripada kebenaran yang sukar,” ujar Encik Heng.



Encik Heng yang juga penolong setiausaha agung pertama PAP berkata ini juga akan membantu warga dan syarikat setempat membuat perancangan menjelang kenaikan GST itu, yang akan dinaikkan daripada 7 kepada 9 peratus antara 2021 dengan 2025.



Tambahnya, pemerintah komited membantu warga Singapura menangani kenaikan itu, dengan satu pakej sokongan GST bakal diumumkan semasa Belanjawan tahun depan.



Namun, beliau menekankan bahawa ini bukan satu ganjaran yang diberi untuk menarik pengundi kerana ia akan diberi hanya apabila GST dinaikkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >