Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan manfaatkan dron besar-besaran

Feb 05, 2016 | 07:38 AM



PEMERINTAH akan memanfaatkan teknologi dron secara besar-besaran tahun ini, sedang pihak berkuasa melancarkan perubahan yang akan memudahkan agensi pemerintah menggunakan pesawat tanpa pemandu itu bagi operasi mereka dan menjimatkan tenaga kerja.


Malah, agensi awam sedang menguji lebih 25 potensi kegunaan dron, ia dedahkan pada Khamis (4 Feb).


Ini termasuk menggunakan dron untuk meninjau tapak pembiakan nyamuk yang sukar diakses dalam memerangi penyakit denggi, dan menjalankan pemeriksaan tapak binaan dengan menggunakan kurang orang.


Kini, Kementerian Pengangkutan (MOT), yang mempengerusikan Jawatankuasa Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS), sedang berusaha membuat penggunaan dron lebih mudah lagi agensi lain pemerintah.


Kementerian itu akan memanggil tender pada akhir bulan ini untuk menjemput penyedia dron membida kontrak induk bagi perkhidmatan dron.


Kontraktor berjaya akan ditugaskan menyediakan pesawat dan kepakaran teknikal kepada agensi yang mungkin mahu menggunakan pesawat itu bagi operasi mereka, kata MOT pada Khamis.


Keselamatan dan piawaian operasi akan dinyatakan dalam tender itu.


Dengan mengetuai tender itu, MOT memotong pita merah untuk agensi lain yang mungkin mendapati mereka memerlukan pesawat itu. Agensi berkenaan kini boleh memanfaatkan kontrak induk itu dan mendapatkan dron daripada vendor dalam masa beberapa hari.


Pada masa ini, mereka perlu memanggil tender mereka sendiri bagi vendor dron, yang boleh mengambil beberapa minggu.


"Ia memudahkan dan mempercepat keseluruhan proses supaya kami boleh menggunakan dan mengerahkan dron dengan cara sangat berkesan," kata Setiausaha Tetap Pengangkutan, Encik Pang Kin Keong, yang mempengerusikan jawatankuasa tersebut.


Jawatankuasa itu turut meneliti cara agensi boleh bekerja bersama menggunakan dron, dan mengurangkan keperluan tenaga kerja.


Pada masa ini, dron sedang diuji dalam pemeriksaan tapak binaan. Oleh kerana tapak binaan tertakluk pada pemeriksaan oleh sekurang-kurangnya tujuh badan awam, seperti Penguasa Bangunan dan Pembinaan, Kementerian Tenaga Kerja dan agensi air negara PUB, kerja boleh terganggu agak kerap jika setiap agensi menjalankan pemeriksaan sendiri yang berasingan.


Untuk mengurangkan gangguan dan pertindihan, jawatankuasa itu telah memulakan platform dalam talian yang membolehkan agensi-agensi itu menunjukkan apa yang mereka mahu tengok dan periksa.


Inspektor dari satu agensi peneraju kemudian pergi ke tapak itu dengan vendor dron dan membuat rakaman kawasan tersebut, yang mengambil masa kira-kira dua jam.


Rakaman kemudian dimuat naik dan dikongsi dalam kalangan agensi itu, bermakna tiada lagi keperluan bagi setiap agensi menghantar pemeriksa sendiri dan pemaju menampung pelbagai pemeriksaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >