Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan mansuh Seksyen 377A, dan pastikan institusi perkahwinan dilindungi

Aug 22, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan memansuhkan undang-undang yang menyifatkan seks sejenis antara lelaki sebagai satu jenayah.



Berucap dalam Rapat Hari Kebangsaan semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menekankan bahawa pemerintah akan mendukung dan melindungi institusi perkahwinan.



Hanya perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita diiktiraf di Singapura di bawah undang-undang.



Tambahnya, pemerintah juga akan melindungi takrif perkahwinan daripada dicabar dari segi perlembagaan di mahkamah dan akan meminda Perlembagaan untuk melindungi takrif ini.



Encik Lee berkata ini akan membantu pemerintah memansuhkan Seksyen 377A secara terkawal dan dengan pertimbangan yang teliti.



"Ia akan mengehadkan perubahan ini kepada apa yang saya percaya akan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat Singapura, iaitu menyifatkan hubungan seks antara lelaki yang rela dalam ruang privet bukan satu jenayah.



"Tetapi ia juga akan mengekalkan apa yang saya percaya masih diinginkan oleh kebanyakan rakyat Singapura, iaitu untuk mengekalkan perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita sebagai struktur asas keluarga, di mana anak-anak kita dilahirkan dan dibesarkan," ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >