Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan minta Parlimen melantik Jawatakuasa Pilihan bagi mengkaji masalah penyebaran berita palsu dalam talian dan cara menanganinya.

Jan 05, 2018 | 05:47 PM



PEMERINTAH akan meminta Parlimen untuk melantik sebuah Jawatankuasa Pilihan bagi mengkaji masalah berita palsu dalam talian yang disebarkan secara sengaja dan menyarankan bagaimana Singapura harus memberikan respon.

Jawatakuasa Pilihan akan meliputi 10 Anggota Parlimen (AP) bagi mengkaji mengenai kesan berita palsu itu dan sama ada undang-undang perlu diperkenalkan bagi menanganinya.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Kementerian Undang-Undang (MinLaw) membentangkan sebuah Kertas Hijau bertajuk Kepalsuan Dalam Talian Yang Disengajakan: Cabaran dan Implikasi yang menetapkan sebab melantik Jawatankuasa Pilihan itu.

Satu usul akan dibentangkan di Parlimen Rabu ini untuk melantik Jawatankuasa Pilihan.

"Perdebatan politik dan sosial boleh dipengaruh secara serius oleh kepalsuan disebarkan dalam talian secara sengaja. Kita harus melindungi dari pendapat dan pandangan yang sengaja dimanipulasikan melalui kepalsuan yang disengajakan,'' ujar Kertas Hijau itu.

Kertas Hijau merupakan dokumen perbincangan awal atau perundingan, yang selalunya diterbitkan sebelum rumusan dasar Pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >