SUSULAN BELANJAWAN 2019
'Pemerintah akan pastikan kos sara hidup dimampui warga'
Feb 21, 2019 | 05:30 AM
ADALAH penting bagi pemerintah memastikan kos sara hidup kekal dimampui warga.
Menyatakan demikian kelmarin, Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, menggariskan pelbagai langkah yang ada untuk membantu keluarga menangani kos sara hidup.