Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan permudah cara tunjuk bukti vaksinasi Covid-19; pasport vaksin sedang dibincangkan

Apr 05, 2021 | 08:10 PM



ORANG ramai akan dapat menunjukkan dengan mudah yang mereka telah menerima vaksin Covid-19, termasuk bagi mereka yang tidak mempunyai telefon bijak.


Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Janil Puthucheary, berkata Kementerian Kesihatan (MOH) akan, apabila bersedia, mengeluarkan perincian mengenai bagaimana individu dapat menunjukkan status vaksinasi mereka yang sah.


Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) tentang apakah warga Singapura yang tidak dapat divaksinasi atas sebab perubatan akan diberi kad atau surat untuk ditunjukkan kepada kakitangan kedai sekiranya mereka dilarang memasuki kedai di masa akan datang.


Dr Janil dan Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, juga memberitahu Parlimen bahawa agensi pemerintah sedang giat membincangkan dengan rakan sejawat antarabangsa mengenai kemungkinan pengiktirafan bersama sijil vaksinasi untuk membolehkan perjalanan rentas sempadan.


Mengenai status vaksinasi, Dr Janil berkata: "Langkah-langkah untuk mereka yang tidak divaksinasi rata-rata berdasarkan pertimbangan kesihatan awam untuk mencegah jangkitan, dan tidak akan membezakan antara mereka yang memilih untuk tidak divaksinasi dan mereka yang tidak layak atas sebab perubatan.


"Vaksin lain mungkin tersedia di masa akan datang bagi mereka yang buat masa ini tidak layak atas sebab perubatan, dan kami akan terus menilai data saintifik dan menyemak kriteria kelayakan sewajarnya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >