Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan teliti longgarkan peraturan bila bendera S'pura boleh dipamer

Oct 30, 2021 | 05:30 AM



WARGA Singapura tidak lama lagi boleh mempamerkan bendera negara pada masa selain Hari Kebangsaan, sedang pemerintah mempertimbang langkah mengubah undang-undang berkenaan penggunaan simbol negara.



Ini menyusuli laporan yang dikeluarkan kumpulan kerja melibatkan warga negara pada Julai lalu yang meminta pihak berkuasa mengkaji cara orang ramai boleh menggunakan simbol seperti lagu kebangsaan dan bendera secara lebih kreatif, sambil mencegah penyalahgunaannya.



Dalam respons rasminya semalam, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata ia akan meminda Akta Senjata, Bendera dan Lagu Kebangsaan (Safna) dalam beberapa bulan akan datang.



Perubahan yang disarankan akan dikongsi kepada orang ramai pada tahun hadapan.



Antara saranan termasuk membenarkan isi rumah mempamerkan bendera Singapura pada acara-acara lain sambil mengurangkan risiko disalahgunakan atau penggunaan kurang hormat, kata MCCY.



Setiap tahun, bendera negara boleh dipamerkan di luar bangunan atau di kawasan lapang tanpa tiang bendera hanya antara 1 Julai dengan 30 September.



Terdapat denda sehingga $1,000 bagi mereka yang melanggar peraturan itu, tetapi Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong sebelum ini berkata, tiada sesiapa yang pernah didenda kerana sebab itu.



MCCY berkata, ia telah menyaksikan beberapa peristiwa penting sejak lima tahun lalu di mana rakyat Singapura telah melahirkan hasrat untuk mengibarkan bendera di luar tempoh Hari Kebangsaan - semasa tempoh pemutus litar selama lapan minggu antara April dengan Mei tahun lalu contohnya.



"Pameran bendera dalam keadaan sedemikian adalah sesuai sebagai tanda perpaduan," kata MCCY.



Pemerintah telah melanjutkan tempoh masa bendera itu boleh dipamerkan tahun lepas supaya ia boleh menjadi simbol penyatuan semasa pandemik Covid-19.



MCCY berkata, ia juga akan mengkaji semula undang-undang dan garis panduan mengenai aplikasi artistik simbol negara, serta menjelaskan dan memudahkan garis panduan awam mengenai penghormatan terhadap simbol itu.



"MCCY berbesar hati kerana artis dan pereka setempat kami berminat untuk memasukkan simbol (kebangsaan) dalam karya mereka.



"Kami bersetuju dengan kumpulan kerja dari kalangan warga setempat bahawa dengan memperluaskan skop penggunaan simbol secara artistik, ia akan menggalakkan rasa pemilikan yang lebih besar melalui luahan kebanggaan peribadi dan identiti negara," katanya.



Kementerian itu juga akan melilat bagaimana untuk meningkatkan usaha pendidikan awam dan memperbaiki akses kepada maklumat mengenai simbol negara.



Ini termasuk menjelaskan proses kawal selia dengan menerbitkan panduan komprehensif tentang penggunaan simbol, termasuk penggunaan digital, dan meningkatkan saluran maklum balas sedia ada untuk melaporkan penyalahgunaannya.



MCCY juga akan menyegarkan semula rancangannya tentang cara simbol negara dipromosikan.



Ini termasuk penggantian bendera lusuh yang telah pun dilaksanakan, kerjasama dengan masyarakat dan meraikan simbol negara pada ulang tahun penting.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >