Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan terus kerjasama dengan NTUC pertingkat hidup pekerja, bina masyarakat lebih adil: PM Lee

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah membangun dan berkembang bersama Singapura agar ia kekal relevan dan dapat memenuhi keperluan pekerja dengan lebih baik, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Beliau berkata demikian sempena sambutan ulang tahun ke-60 NTUC semalam. NTUC ditubuhkan pada 6 September 1961.



Encik Lee berkata sejak penubuhannya, Gerakan Buruh itu telah memainkan peranan sebagai rakan kerja penting dalam kemajuan Singapura.



"Dalam waktu mencabar seperti pandemik sekarang ini, usaha NTUC memastikan tiada pekerja ketinggalan adalah penting," ujar beliau.



Semasa berucap di Rapat Hari Kebangsaan baru-baru ini, Encik Lee bercakap tentang cara pemerintah akan mempertingkat kehidupan pekerja bergaji rendah.



Ini termasuk dengan melanjutkan Model Gaji Progresif (PWM) kepada lebih banyak sektor dan menggunakan Gaji Kelayakan Setempat bagi meningkatkan gaji.



PWM, yang membantu mempertingkat gaji pekerja bergaji rendah menerusi peningkatan kemahiran dan daya penghasilan, kini dilaksana dalam sektor pembersihan, keselamatan, landskap serta penyenggaraan lif dan tangga bergerak.



Langkah memperluas PWM, yang disarankan Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW), yang dipengerusikan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, akan dilaksana mulai tahun depan, dengan model itu diperluas ke sektor runcit mulai 1 September 2022 dan khidmat makanan serta pengurusan sisa mulai 1 Mac 2023.



PWM bagi sektor pembersihan, keselamatan dan landskap akan turut merangkumi pekerja dalaman mulai 1 September 2022, manakala Gaji Progresif Pekerjaan akan diperkenal bagi pekerja pentadbiran dan pemandu mulai 1 Mac 2023.



Selain itu, syarikat menggajikan pekerja asing akan dikehendaki membayar Gaji Kelayakan Setempat kepada semua pekerja tempatan mereka.



Encik Lee sebelum ini berkata pemerintah telah menerima saranan daripada kumpulan kerja yang dibentuk pada Oktober tahun lalu itu, yang meninjau langkah meningkatkan gaji dan kesejahteraan pekerja bergaji rendah.



Sedang Covid-19 menjadi endemik, Encik Lee berkata pemerintah akan terus bekerjasama dengan NTUC untuk mempertingkat kehidupan pekerja dan membina sebuah masyarakat lebih adil bagi semua orang.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata pengindustrian dan pembangunan ekonomi sepanjang beberapa dekad lalu bererti NTUC perlu berkembang untuk melindungi pihak berkepentingan paling utama Singapura dalam kemajuan ekonominya, iaitu pekerja.



"Itulah sebabnya NTUC akan terus berdiri bersama setiap (pekerja) untuk terus mewakili dan melindungi hak anda sebagai anggota kami.



"Inilah janji kami kepada anda dan pengasas kami," ujar Encik Ng.




JANJI NTUC 



"Itulah sebabnya NTUC akan terus berdiri bersama setiap (pekerja) untuk terus mewakili dan melindungi hak anda sebagai anggota kami. Inilah janji kami kepada anda dan pengasas kami."
- Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, dalam satu pos di Facebook semalam. NTUC menyambut ulang tahunnya ke-60 semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >