Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan terus sokong keluarga memerlukan

Zaqy berkata ini agar mereka tidak ketinggalan hantar anak ke prasekolah; lancar pusat Iyad Perdaus dipertingkatkan di Choa Chu Kang
Dec 17, 2019 | 05:30 AM



DALAM menampung permintaan yang kian bertambah bagi tempat di pusat pembangunan kanak-kanak, Iyad Perdaus semalam memperluaskan khidmat mereka kepada penduduk di sekitar Choa Chu Kang.



Pusat yang menjalani kerja ubah elok dan dipertingkatkan itu kini dapat menampung sekitar 170 kanak-kanak - termasuk 10 tempat bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas - berbanding 90 kanak-kanak sebelum ini.



Sebelum ini, ia hanya menawarkan khidmat jagaan kanak-kanak prasekolah dan juga sebelum dan selepas sekolah.



Ia turut menyediakan Program Jagaan Kanak-kanak Bersepadu (ICCP) khusus bagi kanak-kanak berkeperluan khas peringkat ringan hingga sederhana.



Iyad Perdaus di Choa Chu Kang juga kini meluaskan khidmat kepada penjagaan bayi seawal usia tiga bulan.



Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, yang hadir sebagai tetamu terhormat, mengalu-alukan usaha Iyad Perdaus dalam mempelbagaikan khidmatnya.



Menekankan pentingnya pendidikan prasekolah yang bermutu, Encik Zaqy yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, berkata pendedahan terhadap khidmat penjagaan kanak-kanak itu dapat memanfaatkan ibu bapa dan anak-anak mereka.



"Kita dapat melihat ramai penduduk di Choa Chu Kang kini prihatin terhadap pendidikan anak mereka di peringkat prasekolah.



"Kita mahu anak-anak kita didedahkan kepada pembangunan sosial di mana mereka dapat berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan juga dalam peringkat yang lebih holistik, bukan sahaja dari segi akademik, malah kognitif dan sebagainya," kata beliau selepas melancarkan pusat pembangunan kanak-kanak di Choa Chu Kang Avenue 4 itu.



Encik Zaqy turut menyentuh tentang usaha pemerintah dalam membantu keluarga bergaji rendah sehingga $3,000, menerima Subsidi Tambahan dan Skim Bantuan Yuran Tadika (KiFAS) di mana mereka membayar yuran serendah $3 sebulan bagi tajaka sepanjang hari.



"Saya rasa penting untuk pemerintah terus memberi sokongan kepada keluarga yang memerlukan agar mereka tidak ketinggalan dalam menghantar anak-anak mereka ke prasekolah," ujarnya.



Iyad Perdaus merupakan pusat tajaka Melayu/Islam pertama yang memperkenalkan ICCP pada 2005.



Program khas kelolaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Pusat Pembangunan Kanak-kanak Iyad-Perdaus di Chua Chu Kang memulakan ICCP agar kanak-kanak istimewa dapat belajar dan bermain bersama anak-anak lain.



"Saya rasa amat penting kita memberi pendedahan kepada anak-anak berkeperluan khas di mana mereka dapat bergaul dengan kanak-kanak lain.



"Di sini kita memberi mereka persekitaran yang baik supaya mereka dapat diperkasakan dengan nilai-nilai yang baik supaya kita menjadi satu masyarakat yang inklusif," tambah Encik Zaqy.



Sementara itu, Presiden Perdaus, Encik Safarin Amerudin, berkata usaha memupuk semangat pembelajaran dari usia bayi hingga kanak-kanak ke sekolah adalah satu usaha berterusan.



"Visi kami adalah untuk memastikan agar setiap kanak-kanak dengan keluarga mereka yang memasuki pusat kami di ketiga-tiga cawangan, Choa Chu Kang, Jurong East dan Hougang, mempunyai keyakinan anak mereka akan diterapkan dengan asas kukuh untuk mencapai tahap dan impian yang lebih tinggi.



"Dengan usaha peluasan ini, kami berharap ia dapat memupuk semangat baru untuk memperluaskan perkhidmatan kami kepada masyarakat secara menyeluruh, yang memenuhi keperluan semua kanak-kanak daripada kaum, agama dan kebolehan berbeza," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >