PARLIMEN

Pemerintah akan terus teliti trend inflasi dan kos hidup

PENDAPATAN keluarga penduduk Singapura tumbuh lebih pantas dari kadar inflasi dari 2010 hingga 2017, membolehkan mereka meraih pertumbuhan pendapatan sebenar yang positif.

Walau apa pun, pemerintah akan terus meneliti trend inflasi dan kos kehidupan dengan teliti dan membantu rakyat Singapura apabila diperlukan, kata Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan) Cik Sim Ann.