Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Pemerintah akur ada sebab baik beri jururawat Muslim kelonggaran pakai tudung: Masagos

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemerintah akur ada sebab baik beri jururawat Muslim kelonggaran pakai tudung: Masagos

Mar 23, 2021 | 08:55 PM

PEMERINTAH akur ada sebab yang baik untuk memberi jururawat Muslim kelonggaran mengenakan tudung dalam seragam mereka dan ia telah meninjau kemungkinan mengubah dasar yang ada kini.
Bagaimanapun, pemerintah memerlukan masa beberapa bulan lagi untuk mencari huraian terbaik berhubung hal tersebut, kerana isu tudung berkait dengan faktor lain yang memerlukan pemerintah membuat pertimbangan dengan teliti, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
“Para menteri lain terus berbincang dengan masyarakat tentang cara yang terbaik untuk membuat perubahan dasar ini,” kata Encik Masagos semasa bercakap kepada wartawan di bangunan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) di Toa Payoh semalam.
Isu pemakaian tudung bagi sesetengah pekerjaan tertentu yang memperuntuk pakaian seragam kembali hangat dibincangkan sejak ia ditimbulkan di Parlimen awal bulan ini.


Bercakap kepada media semalam, Encik Masagos berkata beliau dan Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam Parti Tindakan Rak
yat (PAP) lain selalu memberi pandangan mereka berhubung hal pe
makaian tudung itu kepada Kabinet.
“Kami telah lama membincangkan hal ini dengan pelbagai lapisan anggota masyarakat Melayu/Islam kita.
katanya.
Memberi contoh, Encik Masagos berkata satu dialog tertutup telah diadakan di Masjid Khadijah pada Ogos lalu, di mana Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, telah berkongsi dengan anggota Kum
pulan Pemulihan Keagamaan (RRG) tentang cara perubahan dapat dilakukan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3