Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU TUDUNG JURURAWAT

Pemerintah akur ada sebab baik beri jururawat Muslim kelonggaran pakai tudung: Masagos

Pertimbangan teliti dan berhemah diperlukan bagi capai huraian terbaik; keputusan akan diumum apabila semua perbincangan selesai kelak
Mar 24, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akur ada sebab yang baik untuk memberi jururawat Muslim kelonggaran mengenakan tudung dalam seragam mereka dan ia telah meninjau kemungkinan mengubah dasar yang ada kini.



Bagaimanapun, pemerintah memerlukan masa beberapa bulan lagi untuk mencari huraian terbaik berhubung hal tersebut, kerana isu tudung berkait dengan faktor lain yang memerlukan pemerintah membuat pertimbangan dengan teliti, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Para menteri lain terus berbincang dengan masyarakat tentang cara yang terbaik untuk membuat perubahan dasar ini," kata Encik Masagos semasa bercakap kepada wartawan di bangunan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) di Toa Payoh semalam.



Isu pemakaian tudung bagi sesetengah pekerjaan tertentu yang memperuntuk pakaian seragam kembali hangat dibincangkan sejak ia ditimbulkan di Parlimen awal bulan ini.



Bercakap kepada media semalam, Encik Masagos berkata beliau dan Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam Parti Tindakan Rakyat (PAP) lain selalu memberi pandangan mereka berhubung hal pemakaian tudung itu kepada Kabinet.



"Kami telah lama membincangkan hal ini dengan pelbagai lapisan anggota masyarakat Melayu/Islam kita.



"Perbincangan diadakan di belakang tabir. Sebab itu ia berjalan dalam suasana tenang - akhirnya kita selesa dan jujur membincangkan dari hati-ke-hati, demi kemaslahatan masa depan masyarakat dan negara," katanya.



Memberi contoh, Encik Masagos berkata satu dialog tertutup telah diadakan di Masjid Khadijah pada Ogos lalu, di mana Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, telah berkongsi dengan anggota Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) tentang cara perubahan dapat dilakukan.



"Saya juga mengambil kesempatan dalam ucapan saya di COS untuk mengingatkan kembali bahawa dalam usaha kita mencari huraian bagi isu ini, kita harus melakukannya dengan teliti dan penuh hemah.



"Pemerintah memerlukan beberapa bulan lagi untuk mencari huraian yang terbaik dalam hal ini. Kami akan umumkan keputusan kami apabila semua perbincangan selesai kelak," kata Encik Masagos.



Di bahas Belanjawan Ehwal Masyarakat Islam pada 8 Mac lalu, Encik Masagos berkata pemerintah memahami pandangan mereka yang mahu memakai tudung sebagai sebahagian daripada seragam jururawat.



Beliau akur ramai wanita Muslim berkhidmat kepada negara serta masyarakat menerusi pekerjaan mulia seperti kejururawatan, dan sumbangan mereka adalah besar, terutama di tengah-tengah pandemik ini.



Tetapi dalam masyarakat berbilang agama Singapura, dan dalam perkhidmatan yang memainkan peranan penting dalam masyarakat, seragam adalah petanda jelas bahawa khidmat yang diberikan adalah saksama tanpa mengira kaum atau agama, katanya.



Beliau menggesa supaya isu sensitif tersebut dipertimbangkan dengan menitikberatkan keharmonian sosial antara bangsa dan agama di Singapura, dan berkata para pemimpin terus berbincang dan mendekati masyarakat berhubung isu itu dalam sesi tertutup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >