PEMERINTAH Singapura mungkin menawarkan Bon Simpanan Singapura bernilai di antara $2 bilion dengan $4 bilion tahun ini bergantung pada permintaan, kata Menteri Negara Kanan Kewangan, Cik Josephine Teo di parlimen semalam.
Bon itu, yang tidak boleh didagang bagi melindungi individu daripada kerugian modal, adalah sejenis bon atau sekuriti pemerintah Singapura (SGS) yang direka bagi menawarkan pilihan simpanan jangka panjang yang fleksibel, pulangan selamat dan dijamin modalnya.