Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah bakal umumkan sama ada HBL dilanjutkan bagi murid sekolah rendah

Oct 04, 2021 | 04:36 PM



SATU pengumuman akan dilakukan minggu ini menyatakan sama ada pembelajaran di rumah (HBL) akan dilanjutkan bagi sekolah rendah, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.



Semua murid Darjah satu hingga lima kini menjalani HBL dan akan pulang ke sekolah Isnin hadapan (11 Okt).



Mereka telah menjalani HBL selama dua minggu untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19.



Kementerian Pendidikan (MOE) pada awalnya mengumumkan bahawa murid-murid akan menjalani HBL dari 27 September hingga 6 Oktober - tarikh akhir peperiksaan PSLE tahun ini, menurut The Straits Times.



Ini kemudian dilanjutkan kepada Khamis, dengan Jumaat merupakan cuti Hari Kanak-Kanak.

Encik Chan berkata pengumuman tersebut belum dilakukan kerana kakitangan sekolah patut fokus terhadap PSLE yang sedang berlangsung dan MOE mahu memberitahu para pendidik dahulu.



Beliau menjawab pertanyaan Encik Darryl David (GRC Ang Mo Kio) di Parlimen sama ada HBL boleh dilanjutkan melebihi minggu ini atau sehingga permulaan cuti sekolah yang bakal bermula pada 20 November.



Encik David juga bertanya rancangan HBL bagi pelajar lebih dewasa yang menduduki peperiksaan peringkat N, O dan A.



Encik Chan berkata, HBL perlu bagi murid sekolah rendah untuk melindungi mereka lebih-lebih lagi kerana kebanyakan mereka belum divaksinasi.



Namun, pelajar sekolah menengah kebanyakannya sudah divaksinasi, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >