PEMERINTAH sedang memantau rapat pekerjaan pelajar yang bakal tamat pengajian tahun depan, terutamanya mereka dalam jurusan berkaitan aeroangkasa, penerbangan dan hospitaliti - sektor yang terjejas teruk oleh pandemik Covid-19.
Pada masa yang sama, institut pengajian tinggi telah memulakan program bimbingan dan bantuan kerjaya menyeluruh untuk mempersiapkan pelajar, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, di Parlimen semalam.