MENTERI Kewangan, Encik Heng Swee Keat, berkata pemerintah belum lagi memutuskan masa tepat bagi menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), bahkan pemerintah akan berhati-hati apabila melaksanakannya kelak.
Namun, beliau menekankan kenaikan GST itu masih diperlukan untuk menyokong kenaikan struktur dalam perbelanjaan bagi keperluan Singapura.