PEMERINTAH akan membentangkan belanjawan ketiga untuk membantu Singapura mengharungi tempoh langkah pencegahan ketat bagi ‘memutus litar’ jangkitan Covid-19, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Ahad (5 April).
Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, berkata langkah-langkah untuk menyokong pekerja, perniagaan dan isi rumah akan diumumkan di sidang Parlimen pada hari Isnin (6 April).