Pemerintah beri jaminan bekalan pelitup mencukupi
Lam Pin Min nasihati rakyat "tiada perlu untuk berebut-rebut membeli pelitup"
SINGAPURA mempunyai bekalan pelitup yang mencukupi, jika pelitup itu digunakan secara berpatutan dan bertanggungjawab, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Dr Lam Pin Min.
Menulis di Facebooknya semalam, Dr Lam memberi jaminan tersebut kepada rakyat Singapura menyusuli lawatannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice Group, Encik Seah Kian Peng, ke salah satu gedung di sini untuk meninjau bekalan pelitup buat penduduk negara ini.