Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah beri jaminan CareShield Hayat kekal dimampui

Subsidi premium dan sokongan tambahan akan disediakan
Jul 11, 2018 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan memastikan skim insurans jagaan jangka panjang nasional CareShield Hayat kekal dimampui, inklusif dan mampan demi memenuhi keperluan jagaan jangka panjang warga Singapura sedang penduduk negara ini semakin menua, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.



Merumuskan perdebatan mengenai skim itu, Encik Gan berkata CareShield Hayat bukan hanya sekadar satu skim insurans, namun ia tunggak utama dalam rangkaian keselamatan sosial negara.



Semua individu berusia antara 30 dengan 40 tahun akan secara automatik menyertai CareShield Hayat pada 2020, dengan kohort warga Singapura yang lebih muda akan menyertai skim itu apabila mencapai usia 30 tahun.



Premium dibayar menerusi Medisave dan skim itu akan memberi bayaran sepanjang hayat sekurang-kurangnya $600 sebulan kepada mereka yang mengalami kurang upaya yang teruk.



Mulai 2020, penduduk Singapura yang mengalami kurang upaya teruk juga boleh mengeluarkan wang tunai daripada akaun MediSave mereka.



Mereka yang berpendapatan rendah juga boleh mendapatkan bantuan menerusi dana ElderFund baru bagi keperluan jagaan jangka panjang mereka.



"Tiga inisiatif ini - CareShield Hayat, penggunaan Medisave bagi jagaan jangka panjang dan ElderFund - membentuk pakej langkah menyeluruh yang akan memperkukuh pembiayaan jagaan jangka panjang kita," kata beliau.



Beberapa Anggota Parlimen, termasuk Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh), telah menimbulkan keprihatinan tentang mereka yang tidak mampu membayar premium bagi skim itu, termasuk suri rumah, mereka yang menganggur buat jangka panjang dan mereka yang berpendapatan rendah.



Encik Gan memberi jaminan bahawa tiada sesiapa yang menyertai CareShield Hayat akan kehilangan perlindungan akibat tidak mampu membayar premium.



Pemerintah akan menyediakan subsidi premium - sehingga 30 peratus - bagi mereka yang berpendapatan rendah hingga pertengahan. Sekiranya mereka masih tidak mampu membayar premium, terdapat sokongan tambahan yang disediakan.



Beberapa AP juga telah memberi saranan bagaimana CareShield Hayat boleh dipertingkat, seperti memberi bayaran lebih tinggi.



Encik Gan berkata, sementara saranan tersebut adalah sesuatu yang diingini, terdapat keperluan mengimbangi peningkatan tersebut terhadap kemampuan premium.



"Bayaran lebih tinggi (daripada CareShield Hayat), kriteria tuntutan lebih mudah dan manfaat lebih baik akan menyebabkan premium menjadi lebih tinggi. Kami juga harus ingat bahawa bayaran insurans bukan hanya satu-satunya sumber pembiayaan jagaan jangka panjang.



"Simpanan peribadi dan keluarga, subsidi pemerintah dan rangkaian keselamatan lain serta sokongan masyarakat juga memainkan peranan," kata beliau.



Kementerian Kesihatan (MOH) akan mendekati warga Singapura dalam beberapa tahun mendatang bagi menjelaskan skim tersebut dan bagaimana ia akan membantu mereka.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >