WASHINGTON: Pemerintah Amerika Syarikat telah memberi lampu hijau berhubung kemungkinan membolehkan Singapura membeli sehingga sedozen jet pejuang elit F-35 serta kelengkapan berkaitan dengan harga AS$2.75 bilion ($3.7 bilion) kelmarin.
Singapura pertama kali mengumumkan Mac tahun lalu tentang rancangannya untuk membeli jet F-35 daripada Lockheed Martin Corp bagi menggantikan skuadron F-16 yang sudah agak berusia dan digunakan sejak 1998.