Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah bersedia perkenal langkah rangsangan jika ketegangan US-China bertambah buruk

Aug 18, 2019 | 07:29 PM



PEMERINTAH Singapura bersedia campur tangan dengan segera jika ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China bertambah buruk bagi mengekalkan ekonomi serta kehidupan pekerja di sini.



Buat masa ini, keadaan ketika ini belum memerlukan pemerintah melaksanakan langkah rangsangan.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi jaminan tersebut dalam Rapat Hari Kebangsaannya (NDR) dalam bahasa Mandarin.



"Pemerintah dan pemimpin kesatuan memantau trend dengan dekat dan bersedia sepenuhnya," kata PM Lee.



Beliau berkata kedua-dua AS dan China merupakan rakan baik Singapura, dan negara ini mahu mengekalkan status tersebut.



Namun, beliau menekankan peri pentingnya warga Singapura memiliki pendirian sendiri yang bersandarkan prinsip, dan bukan sentimen, dalam berurusan dengan isu sedemikian.



"Warga Singapura harus mendekati dan bekerjasama dengan China sebagai rakyat Singapura yang memiliki sejarah dan budaya kita sendiri.



"Kita mempunyai perspektif sendiri berkenaan pelbagai isu dan mesti mengambil pendirian sendiri," ujarnya.



"Mengenai sebarang isu sekalipun, pandangan dan tindakan kita akan selalu bersandarkan prinsip dan bukan sentimen.



"Kita harus jelas tentang kepentingan nasional kita dan memahami pertimbangan pemerintah apabila kita mengambil pendirian berprinsip, sama ada berkaitan isu dua hala, serantau atau antarabangsa," kata Encik Lee. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >