Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB: PEKERJA, PENDIDIKAN DAN LATIHAN

Pemerintah disaran perkenal sokongan bagi pekerja yang diberhentikan

Apr 18, 2023 | 05:30 AM



UNTUK membantu rakyat yang terpaksa berhenti kerja, pemerintah boleh perkenalkan sokongan pengangguran yang berkaitan dengan latihan dan pencarian pekerjaan, kata Anggota Parlimen (AP) Buruh, Encik Desmond Choo (GRC Tampines).



Beliau juga menyarankan agar Program Penukaran Kerjaya (CCP) diluaskan kepada mereka yang bekerja sendiri.



Encik Choo membentangkan saranan itu sebagai antara usaha untuk menghulurkan sokongan kepada warga selepas kehilangan pekerjaan semasa membahaskan Ucapan Presiden di Parlimen pada Isnin.



Menurut beliau, sokongan pengangguran itu boleh dihulurkan kepada pekerja yang terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka kerana diberhentikan kerja.



"Sokongan ini boleh dikaitkan dengan latihan dan pencarian pekerjaan untuk memelihara ethos bekerja tenaga kerja kita.



"Ia akan berdasarkan prinsip di sebalik Geran Pemulihan Semula Covid dan Bonus Daya Kerja. Ini adalah ciri dasar Singapura yang penting," ujar beliau.



"Kita tidak boleh melupakan yang lagi lama seseorang itu tidak bekerja, hasil pengambilan bekerja akan lebih lemah."



Justeru, kata Encik Choo, sistem sokongan pengangguran kita harus dikurangkan dengan masa untuk memastikan individu kekal terdorong untuk memasuki semula tenaga kerja.



Beliau turut mengusulkan agar Program Penukaran Kerjaya (CCP) dipertingkatkan.



Menurutnya, sokongan elauns dan pendapatan wajar dinaikkan semasa proses penukaran itu kerana para pekerja masih lagi perlu menjaga keluarga mereka.



"Kita juga boleh melanjutkan CCP kepada golongan yang bekerja sendiri.



"Ramai daripada golongan ini telah menceburi bidang ini kerana mereka memerlukan lebih banyak pendapatan tambahan.



"Ada di antara mereka juga mencari kestabilan kerjaya," terang Encik Choo.



Langkah seterusnya ialah untuk meluaskan Percubaan Kerjaya kepada golongan bekerja sendiri.



Ini kerana buat masa ini, golongan itu tidak layak untuk program itu di bawah tuntutan kelayakan yang ada.



Sementara itu, bagi membantu pekerja sebelum mereka kehilangan pekerjaan, Encik Choo berkata usaha boleh dilakukan untuk membantu majikan menolong pekerja menjalani latihan semula semasa bekerja sepenuhnya.



Satu cara ialah untuk meningkatkan pendanaan bagi Skim Gaji Tidak Kehadiran (Absentee Payroll) dan had tahunan keseluruhan $100,000 untuk syarikat.



Ini, menurut Encik Choo akan membenarkan syarikat untuk menghantar pekerja menjalani latihan sambil diberikan subsidi bagi kos sedemikian. Ini memandangkan kos menggajikan pekerja sementara atau pengganti semakin meningkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >