Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemerintah disaran tanggung kos tambahan biayai warga tanpa perlindungan insurans

Mar 01, 2014 | 03:44 PM

JAWATANKUASA Semakan Medishield Life menyarankan agar Pemerintah melunaskan sebahagian besar kos tambahan bagi melindungi mereka yang kini tidak mempunyai perlindungan insurans.

Ia juga menyarankan supaya Medishield Life turut meningkatkan had tuntutan, menarik keluar had tuntutan seumur hidup dan mengurangkan kadar pembayaran insurans secara bersama kepada separuh.

MediShiled Life akan melindungi seluruh rakyat Singapura tanpa mengira usia atau penyakit yang telah dihadapi seseorang warga, dan ia akan dirasmikan tahun depan.

Jawatankuasa itu mengongsi dapatan semakan mereka hari ini, menyusuli perbincangan khusus secara berkumpulan, dengan lebih 800 orang.

Ia juga menyarankan agar had tuntutan sehari-hari bagi wad biasa dan Unit Jagaan Rapi (ICU) dinaikkan kepada 55 peratus.

Ini bermakna akan terdapat peningkatan lebih 10,000 pesakit kelas B2 dan C yang akan membayar kurang daripada $3,000 bagi kos rawatan di hospital.

Tambahan daripada itu, ia juga menyarankan agar had tuntutan untuk rawatan barah bagi pesakit luar dan radioterapi ditingkatkan.

Ini bermakna tambahan 1,500 lagi pesakit bersubsidi yang menjalani kemoterapi hanya perlu membayar kurang daripada $1,000 setahun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3