Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah gigih lindungi privasi pengguna TraceTogether

Vivian: Polis hanya boleh guna data daripada aplikasi, token dalam siasatan jenayah
Jan 06, 2021 | 05:30 AM



POLIS hanya boleh menggunakan data daripada aplikasi atau token TraceTogether jika ia diperlukan dalam siasatan jenayah, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan, semalam.



Beliau menjelaskan sedang pemerintah gigih berupaya melindungi privasi pengguna TraceTogether untuk tujuan penjejakan kontak dalam pandemik Covid-19, data aplikasi itu masih boleh digunakan polis dalam siasatan jenayah.



Katanya, polis mempunyai kuasa di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC) untuk mengarahkan sesiapa untuk memberi data bagi tujuan siasatan jenayah.



"Kami telah berusaha gigih untuk melindungi privasi semua pengguna TraceTogether dalam semua kes penggunaan biasa tetapi data TraceTogether tidak terkecuali di bawah CPC.



"Polis hanya boleh berbuat demikian, meminta akses dengan memerlukan seorang yang terlibat atau membantu dalam siasatan jenayah untuk memberikan telefon bijak atau token mereka," ujar Dr Balakrishnan.



Beliau berkata demikian untuk mengatasi keprihatinan pengguna TraceTogether tentang privasi setelah isu tersebut timbul di Parlimen kelmarin.



Beliau, yang juga Menteri Ehwal Luar, akur beliau "tidak terfikir" tentang CPC apabila beliau menyebut tentang data TraceTogether sebelum ini.



Sebelum pelaksanaan program itu pada Jun lalu, Dr Balakrishnan telah berkata TraceTogether hanya akan digunakan untuk penjejakan kontak.



Kelmarin, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan, berkata data TraceTogether boleh diperolehi Pasukan Polis Singapura (SPF) bagi siasatan jenayah.



Menyusuli penjelasan Dr Balakrishnan semalam, beberapa AP telah meminta penjelasan lanjut termasuk pemimpin pembangkang, Encik Pritam Singh (GRC Aljunied).



Encik Singh ingin tahu apakah situasi yang membolehkan polis menggunakan data TraceTogether.



Menjawab soalannya, Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata polis boleh menggunakan data TraceTogether dalam siasatan kes pembunuhan, misalnya.



"Pendekatan polis selama ini dan seterusnya adalah ia akan dihadkan kepada kesalahan serius. Sedang keperluan itu tidak di bawah perundangan, ia akan dipertimbangkan secara berhati-hati oleh pihak polis, dan budi bicara akan dilaksanakan dalam mendapatkan maklumat ini," katanya.



Awal sebelum itu, Dr Balakrishnan berkata dalam mereka bentuk sistem TraceTogether, Singapura menerapkan beberapa ciri dalam token dan aplikasi tersebut.



Antara lain, sistem itu hanya mengumpul data sementara tentang jarak daripada Bluetooth, dan tidak mengumpul data lokasi GPS atau data pergerakan.



Dr Balakrishnan berkata Singapura perlu terus mengimbangi keperluan memelihara kesihatan awam serta keperluan melindungi privasi peribadi.



"Setiap masyarakat perlu mencari keseimbangan yang betul dalam melindungi kesihatan awam serta privasi peribadi.



"Saya percaya titik yang optimal ini boleh dicapai dengan bersikap gigih, berdisiplin, dan melakukan yang terbaik pada setiap masa, secara kolektif," ujar Dr Balakrishnan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >